Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa produk susu rumusan bayi jenama Dumex Mamil Gold-Step 1 buatan Malaysia yang tercemar dengan kehadiran bakteria Cronobacter Sakazakii hanya dijual untuk pasaran eksport ke Singapura dan sama sekali tidak dijual di negara ini.
Pengesahan ini diharap dapat menghentikan kebimbangan orang ramai berhubung penjualan produk susu tersebut di negara ini. Berdasarkan laporan KKM, hasil pemantauan dari tahun 2015 hingga kini mendapati tiada sebarang bakteria yang dikesan dalam produk rumusan susu bayi di pasaran tempatan kerana telah mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Baru-baru ini, isu ini mula mendapat perhatian ramai apabila laman sesawang Agri-Food & Veterinary Authority (AVA) telah mengeluarkan kenyataan mengarahkan produk susu rumusan bayi jenama Dumex Mamil Gold-Step 1 ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan dengan bakteria Cronobacter sakazakii.
Jangkitan cronobacter jarang berlaku, namun bakteria ini boleh membawa maut kepada bayi baru lahir kerana ia menyebabkan meningtis atau sepsis. Simptom yang dtunjukkan oleh bayi seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan.