Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penyelidik Jelas Sebab Kenapa Hanya Pengendali Makanan Perlu Suntikan Vaksin “Typhoid”
Setiap kali berlaku kes keracunan makanan, sama ada melibatkan penjual makanan di bazar atau pengusaha kantin sekolah, sering kita dengar pertikaian berkaitan suntikan typhoid.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), suntikan ini perlu diambil oleh mereka yang menyediakan dan menjual makanan kepada orang awam, termasuk mereka yang bekerja di taman asuhan kanak-kanak (TASKA).
Berikutan itu, ada juga yang tertanya-tanya sebab utama langkah ini diperkenalkan.
Mengapa suntikan ini hanya ditujukan kepada pengendali makanan, sedangkan pembeli atau orang awam juga menyentuh makanan yang sama? Adakah langkah ini lebih berkesan sedangkan jumlah pembeli lebih ramai berbanding pengendali makanan?
Bagi menjawab persoalan ini, ikuti penjelasan Pegawai Penyelidik, Syahnor Iman yang SK kongsikan berikut.
Ia dibuat berdasarkan epidemiologi (kajian penyakit terhadap populasi), corak jangkitan disebabkan bakteria Salmonella Typhi (penyebab typhoid), dan faktor kos.
Kalau sudi, bacalah. Aku tolong kajikan. Percuma.
Typhoid boleh berjangkit dari makanan atau minuman tercemar, persekitaran makanan tak bersih dan najis dari pembawa typhoid.
Pengendali makanan paling berisiko untuk sebarkan penyakit ini, walaupun yang tak menunjukkan simptom, juga boleh jangkitkan orang lain. Maksudnya, kalau tuju elok-elok kat pengendali makanan, kita boleh halang sumber jangkitan itu dengan lebih berkesan.
Kenapa pengendali makanan boleh ‘sihat’ manakala orang awam boleh menggelupur bila kena thypoid? Soalan yang bagus.
Pembawa typhoid kronik (lama), biasanya dah terjangkit dengan typhoid sebelum itu, sama ada bersimptom atau tidak. Bakteria pula dah hampir tiada, kecuali yang bersembunyi dalam pundi hempedu.
Berikutan itu, dah ada keimunan ‘separuh’. Badan dah takde simptom cuma bakteria tu masih ada. Dalam hempedu, sistem imun kita punya CCTV tak berapa nak cover. Rujuk gambar, boleh bypass perut.

Jadi, bila bakteria tu masuk ke sistem usus dan keluar melalui najis, bakteria tersebut boleh menjangkiti orang lain jika keadaan tak bersih.
Pengendali makanan jual makanan, jadi kat sinilah punca paling tinggi untuk sebarkan bakteria. Jadi asbab bakteria boleh lompat sebab by right, orang tak makan najis secara terus tapi komponen najis boleh jangkit secara tidak langsung dari penjagaan kebersihan yang tak teratur.
Dos tinggi bakteria yang tiba-tiba dari pengendali makanan yang tak ambil vaksin ini lah yang membawa bencana.
Tembok pertahanan asid perut dan Payer’s Patch dalam sistem usus pun boleh terkejut dan tak mampu kekang bakteria tu. Berikutan tu pelanggan yang beli makanan atau minuman lebih teruk kena typhoid berbanding pengendali makanan.
Pengendali makanan tak bersimptom ni boleh je wujud dalam populasi sebab kajian dah sahkan, variasi genetik yang bawa kesan pada komponen sistem imun boleh menyebabkan sesetengah orang boleh bawa penyakit typhoid tak bersimptom, jadi pembawa.
Bahaya kalau jual makanan dan minuman.
Vaksin typhoid cuma ada coverage berkesan sebanyak 80 peratus berbanding vaksin-vaksin lain yang lebih tinggi keberkesanannya. Vaksin ini tahan dua hingga tiga tahun sahaja dan melibatkan kos kalau nak cucuk semua orang.
Strategi vaksin ini ada tiga kategori iaitu universal, tersasar dan mengikut situasi. Vaksin typhoid ni jatuh kategori kedua tu sebab lebih munasabah untuk sasarkan sesetengah golongan berisiko tinggi sahaja iaitu pengendali makanan. Kena cucuk semua karang ada yang merungut.
Selain itu, untuk mencukupkan baki 20 peratus keberkesanan dalam mengekang typhoid, kerajaan bagi pendidikan untuk orang awam bahawa kebersihan sangat penting dijaga, nak kendali makanan pun kena ada sijil dahulu.
Cara yang ni lagi munasabah, berkesan dan jimat kos berbanding cucuk semua orang.
Kesimpulannya, vaksin typhoid hanya diberi kepada pengendali makanan sebab mereka berpotensi jadi vektor penyakit. Sasarkan pada vektor sahaja.
Sumber: Thread @syahnor.iman