Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Semua hulur tisu”, Gadis Kongsi Detik Mengharukan Ketika Naik MRT

Azizah Najib
gadis mrt
Kredit: Bernama
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Semua hulur tisu”, Gadis Kongsi Detik Mengharukan Ketika Naik MRT

Pengangkutan awam di Lembah Klang tidak dinafikan menjadi nadi pergerakan harian rakyat, beroperasi dari awal pagi hingga lewat malam untuk memenuhi keperluan pengguna.

Bagi wanita khususnya, kehadiran anggota polis bantuan serta penyediaan kos khas di LRT dan MRT menjadikan perjalanan lebih selamat.

Kemudahan ini sekali gus menjadikan pengangkutan awam pilihan utama bagi mereka yang ingin berjimat. Tidak hairanlah hampir setiap hari, ada sahaja kisah menarik dikongsi pengguna di media sosial.

Antaranya seperti pengalaman yang diceritakan oleh pengguna Thread, @izzyantiemedey ini ketika menaiki MRT.

Memulakan perkongsian, wanita berkenaan ternampak seorang gadis yang sedang menahan muntah. Panik, gadis berkenaan menutup mulutnya sambil meminta bantuan wanita yang sedang duduk di sebelahnya.

“Akak tu terus cari tisu ke, plastik, tapi memandangkan dia tak ada, dia tanya aku, sebelah dia dan gadis-gadis yang tengah berdiri,” katanya.

Semua yang berada di situ cuba untuk mencari sesuatu yang boleh dihulurkan buat kegunaan gadis berkenaan.

“Nak bagi tisu, gadis tu tak nak sebab dia dapat rasakan muntah dia mungkin banyak,” tambahnya lagi.

Memandangkan dalam kalangan mereka tiada yang dapat membantu, mereka menyarankan gadis berkenaan untuk keluar ke tandas.

Pucuk dicita, ulam mendatang

Tak semena-mena, muncul seorang gadis yang menghulurkan beg kitar semula.

“Beg yang kainnya macam material baju hujan tu untuk bagi dia muntah. Habis dia muntah, gadis-gadis yang berdiri tu bagi tisu, air mineral kecil,” ujarnya.

Tambahnya lagi, wanita yang duduk di sebelahnya turut membantu gadis berkenaan membuka plastik tisu dan beg.

“Waktu itu, hati saya tersentuh sebab semua orang suka rela untuk tolong. Terharu, sebak tengok,” ucapnya.

Katanya lanjut, gadis tersebut kembali sihat dan mereka semua berlalu ke destinasi masing-masing.

Perkongsian wanita berkenaan menerima pelbagai reaksi warga maya.

“Bersyukurnya duduk dalam Malaysia ni. Masih ramai lagi orang asing yang baik untuk tolong sesama sendiri,” ujar warga maya.

“Lepas ni boleh sediakan plastik kecil dalam beg. Beg perempuan kan macam kedai serbaneka mini,” cadang yang lain.

BACA: Pulang Selepas Setahun, Gelagat Anggota Malbatt Lari Peluk Suami Buat Ramai Terharu

BACA: Lelaki Kongsi Pengalaman Manis Jadi Suri Rumah, Buat Ramai Terharu

Sumber: Thread @issyantiemedey