Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TH Tidak Pernah Iktiraf Pengendali Perkhidmatan Badal Haji

th
Kredit: Bernama

Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan pihaknya tidak pernah memberikan sebarang pengiktirafan atau sokongan rasmi kepada mana-mana pengendali perkhidmatan badal haji.

Iklan

Dalam kenyataan hari ini, TH memaklumkan dakwaan sebaliknya yang dibuat oleh mana-mana pihak menerusi media sosial adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sebarang dakwaan berkaitan perkhidmatan berkenaan melalui saluran rasmi TH.

“TH berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyalahgunaan nama dan logonya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan beberapa aduan orang ramai berhubung tawaran perkhidmatan badal haji oleh pihak tertentu yang mengaitkan perkhidmatan tersebut dengan TH, termasuk tawaran yang tular di media sosial.

Intipati
  • TH menegaskan tidak pernah mengiktiraf mana-mana pengendali perkhidmatan badal haji.
  • Dakwaan pihak tertentu di media sosial dikatakan tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.
  • Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan tawaran melalui saluran rasmi Tabung Haji.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan