Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kolum

Terkini

    Hujan Lebat Dan Angin Kencang Cetus Kebocoran Siling Di Hospital Seberang Jaya

    SEBERANG
    Kredit: Bernama

    Hujan lebat luar biasa disertai angin kencang selama lebih sejam menyebabkan beberapa lokasi di Hospital Seberang Jaya (HSJ) mengalami limpahan air hujan, semalam.

    Iklan

    Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku antara jam 5.45 petang hingga 7 malam dan membabitkan Blok A (blok lama) serta Blok B (blok baharu) hospital berkenaan.

    Menurutnya, kebanyakan limpahan air hujan berlaku di blok lama, namun kejadian itu tidak menjejaskan keselamatan pesakit mahupun peralatan perubatan.

    “Anggota HSJ telah mengambil tindakan sewajarnya dalam pengurusan pesakit dan perlindungan peralatan perubatan di lokasi yang berkenaan,” menurut kenyataan itu hari ini.

    Dalam pada itu, JKNPP memaklumkan Blok Baharu HSJ telah tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) pada 12 April lalu.

    Katanya, sepanjang tempoh tanggungan berkenaan, tiada kejadian limpahan air hujan luar biasa seperti yang berlaku pada Sabtu dilaporkan.

    “Unit Kejuruteraan HSJ bersama kontraktor konsesi pengurusan bangunan hospital sedang menjalankan penilaian terhadap keadaan kerosakan serta mengambil langkah kawalan bagi menangani situasi berkenaan.

    “Pihak HSJ komited memastikan penyampaian perkhidmatan hospital itu tidak terganggu,” katanya.

    Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 13 saat yang memaparkan beberapa kakitangan hospital menggunakan payung ketika membawa barangan hospital melalui kawasan yang mengalami kebocoran.

    Intipati
    • Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan limpahan air di beberapa lokasi HSJ.
    • JKNPP memaklumkan kebanyakan limpahan berlaku di Blok A, iaitu blok lama hospital.
    • Keselamatan pesakit dan peralatan perubatan dilaporkan tidak terjejas dalam kejadian itu.

    Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan