Siakap Keli

Pukul Penarik Kereta, Polis Sahkan Tiga Suspek Ditahan Bukan Anggotanya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan media yang dimuat naik melalui laman facebook Polis KL mengesahkan telah menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang penarik kereta yang tular baru-baru ini.

Kenyataan media tersebut diterbitkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Bin Lazim.

”Terdapat beberapa video viral di media sosial berhubung kejadian seorang lelaki berbangsa India yang bekerja sebagai penarik kereta telah dipukul oleh dua orang lelaki diĀ  kawasan Cheras, Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Mengulas kejadian tersebut, siasatan pihak beliau mendapati bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira 4.30 petang pada 20 Ogos dimana dua lelaki berbangsa Melayu itu datang ke tempat kejadian dengan menaiki Proton Preve bewarna Silver dan berpakaian separuh uniform.

Bertindak atas siasatan katanya, polis berjaya menahan tiga lelaki pada 21 Ogos di Putrajaya yang disyaki terlibat dalam insiden pukul tersebut.

Beliau turut memaklumkan semua suspek berusia diantara 30 hingga 30 tahun itu bukanlah anggota atau pegawai polis seperti yang didakwa sebelum ini.

”Semakkan ke atas kenderaan Proton Preve bernombor pendaftaran VAY 450 yang tular dalam video tersebut dan disahkan bukan milik agensi PDRM,” katanya, yang turut memberitahu bahawa kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Justeru katanya, polis meminta orang ramai suapaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di media sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada pihak polis.

Namun begitu katanya, pihak polis akan sentiasa memastikan tindakan tegas dikenakan sekiranya terdapat mana-mana warganya terlibat dalam insiden salah laku.

”Pihak polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut peruntukkan undang-undang yang ada sedia ada terhadap sesiapa yang dilihat berniat jahat mencemarkan imej PDRM,”

Sumber : Polis KL

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.