Siakap Keli

Syamsul Yusuf Umum Tarikh Tayangan Munafik 2 Dipercepatkan

Tayangan filem seram paling dinanti-nantikan pada 2018, Munafik 2 dikhabarkan akan dipercepatkan sehari lebih awal berbanding jadual asal iaitu 30 Ogos ini.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Pengarah dan pelakon utama filem tersebut, Syamsul Yusof melalui satu kemas kini di laman Twitternya.

”Munafik 2 ditayangkan pada 29 Ogos ini, (Dipercepat). Anda dinasihatkan untuk membeli tiket sekarang, sebelum habis dijual,” kata pemenang Anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-57 itu.

Melalui kemas kini di laman Instagramnya, Syamsul turut memaklumkan bahawa tarikh tayangan dipercepatkan (sneakpreview) ini turut dinikmati oleh penonton-penonton di negara Singapura dan Brunei, manakala tayangan di Bioskop Indonesia pada 26 September.

Syamsul juga turut memaklumkan ketika ini sedang mengusahakan untuk membawa buah tangan terbarunya itu ke pasaran Thailand, Kemboja dan Vietnam.

Sumber : Syamsul Yusof

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.