Siakap Keli

Hari Pertama SST, Jumlah Kredit Pengguna Talian Prabayar (Topup) Ditolak 6%

Perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mula dikuatkuasakan hari ini, 1 September 2018 mengundang pelbagai reaksi rakyat.

Paling memberi impak adalah kepada pengguna talian prabayar yang dikenakan cukai sebanyak 6% daripada perkhidmatan prabayar atau topup setiap kali dimasukkan.

Perlaksanaan ini menjadikan kadar topup RM10 kepada RM9.43 kepada penerima kredit sementara RM0.57 dikenakan cukai.

 

Menteri Kewangan Lim Guang Eng sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, “kerajaan tak mempunyai pilihan melainkan melaksanakan cukai ini (sst) bagi mengelakkan akaun semasa negara mengalami defisit.”

“Sekiranya kita tak melaksanakan cukai ini, tidak ada pendapatatan untuk biaya perbelanjaan operasi seperti membayar gaji kakitangan kerajaan atau penyelenggaraan bangunan.”

Nur Farra