Siakap Keli

Messi Pergi Mana? Nama Tak Layak Masuk Senarai Akhir Pemain Terbaik Tahunan FIFA Buat Kali Pertama

Lionel Messi, Greatest of All Time (GOAT) buat sebahagian peminat bola sepak kempunan nampaknya kali ini apabila nama beliau gagal memasuki senarai akhir Pemain Terbaik Tahunan FIFA buat kali pertama, sejak 2006.

Senarai FIFA kali ini hanya memasukkan muka tetap anugerah tersebut, Cristiano Ronaldo serta muka baru, Mohamed Salah. Satu lagi calon adalah bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid dan Kapten Crotia yang menyinar di pentas Piala Dunia lepas, Luka Modric.

Walaupun persembahan Messi di pentas dunia apabila mewakili negaranya, Argentina seringkali tidak menjadi, namun diperingkat kelab ketika mewakili gergasi Sepanyol, Barcelona, Messi umpama raja bola yang langsung tidak tercabar. Musim lepas, Messi menjaringkan gol sebanyak 45 biji, membantu The Catalan menjuarai La Liga dan Piala Sepanyol.

Mohamed Salah atau Mo Salah kali pertama berjaya memasuki senarai akhir tersebut setelah berjaya meledak 32 biji gol sepanjang kempen tahun lepas untuk membantu kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool mengakhiri kedudukan liga di tangga ke-empat dan mara sehingga ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Malangnya, aksi ‘Raja Mesir’ itu tidak bermakna apa-apa apabila Liverpool terus kempunan untuk meraih trofi, mengulangi pencapaian sebelum-sebelumnya, sekaligus agak sukar untuk melihat trofi tersebut menjadi miliknya.

Bagi Luka Modric pula, aksinya di tengah padang berjaya membantu Real Madrid untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga berturut-turut selain menjadi jeneral berbisa sepanjang kempen Piala Dunia untuk Crotia.

Apa tidaknya, pasukan Crotia yang langsung tidak diberi harapan untuk mara ke pentas final, berjaya mencipta sejarah tersendiri buat negara tersebut. Paling diingati, adalah aksi memukau Luka Modric sehingga mendapat Anugerah Pemain Terbaik Piala Dunia, walaupun kecundang ditangan Perancis dalam perlawanan akhir. Peluang tetap ada, tetapi saingan tunggalnya Ronaldo, bukan calang-calang dan tidak perlu diperkatakan lagi.

Messi dan Ronaldo sebelum ini mendominasi anugerah tersebut sejak 2008, dengan masing-masing telah berjaya memenangi 5 anugerah. Jadi, tanpa Messi kali ini, adakah Ronaldo sekali lagi merangkul gelaran yang sama, buat kali keenam, atau dunia bola sepak bakal melihat pemenang baru Anugerah Pemanin Terbaik Tahunan FIFA.

Semuanya bakal terjawab pada 24 September ini.

Calon Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA :

1. Zlatko Dalic – Crotia

2. Didier Deschamps – Perancis

3. Zinedine Zidane – Real Madrid (Perancis)

Calon Anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA

1. Thibout Curtois – Belgium (Chelsea)

2. Hugo Lloris – Perancis (Tottenhem Hotspurs)

3. Kesper Schmeichel – Denmark (Leicerster City)

Sumber : Dailymail, FIFA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.