Siakap Keli

Sebatan Dalam Islam Lebih Kepada Mendidik, Ini Perbezaan Sebatan Syariah Dengan Sebatan Sivil

Umum tahu semalam berlakunya pelaksanaan hukuman dua individu yang telah berlangsung di Mahkmah Tinggi Syariah Terengganu yang disaksikan lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Menurut laporan media tempatan, pelaksanaan sebatan semalam berlaku dengan hinggapan rotan ke tubuh tertuduh tanpa sebarang jeritan yang didengari.

Ramai diluar sana masih keliru terutamanya rakan-rakan daripada bukan Muslim, ada yang salah tafsiran menganggap sebat dalam hukuman Syariah adalah seperti sebat untuk pesalah jenayah sivil yang mendatangkan kecederaan teruk.

Sebenarnya sebatan Syariah amat ringan dan dilakukan mengikut prosedur standard yang telah ditetapkan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.

Dalam hal ini, hukuman sebatan syariah yang dijatuhkan adalah semata-mata untuk memberi pengajaran supaya kesalahan boleh diperbetulkan pada masa akan datang bagi individu yang dihukum serta orang lain.

Sebatan syariah amatlah berbeza dengan rotan di Mahkamah Sivil yang mencederakan pesalah dan ianya dijatuhkan kepada jenayah-jenayah berat.  Bagi sebatan sivil, hanya dengan satu hayunan sudah pasti membuatkan pesalah pengsan dan tercedera.  Berdasarkan panjang rotan Syariah, diameter dan cara merotan adalah sangat ringan serta tidak melukakan pesalah langsung.

Saiz rotan pesalah jenayah syariah berukuran panjang 1.22 meter dan bergaris 1.25 sentimeter manakala bagi jenayah sivil, garis pusatnya adalah 1.25 sentimeter.

Sebelum pelaksaan hukuman, pesalah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan supaya tidak memudaratkan kesihatan mereka.  Jenayah sivil diperiksa oleh pegawai perubatan beragama Islam dan pesalah jenayah dilakukan oleh mana-mana pegawai perubatan.

Untuk makluman anda, bagi jenayah syariah, pelaksanaan hukuman dilakukan oleh Pegawai Sebat Rotan beragama Islam manakala jenayah sivil diuruskan oleh pegawai sebat yang telah dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara.

Bagaimana pula untuk anggota yang disebat? Bagi jenayah syariah pihak mahkamah akan melakukan beberapa pengecualian manakala jenayah disebat dibahagian punggung.

Ketika proses sebatan pula, jenayah syariah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuan pula didudukkan serta memakai pakaian menutup aurat.  Jenayah sivil tidak memakai sebarang pakaian dan hanya ditutup di bahagian sulit serta diikat di tripod.

Jika sebatan terpaksa dihentikan atas sebab-sebab kesihatan yang mengganggu pesalah, bagi jenayah syariah, ia boleh ditangguhkan sehingga pegawai perubatan memperakui pesalah itu sihat dan bersedia menjalani hukuman.  Manakalah buat jenayah sivil, baki hukuman sebat perlu dirujuk kepada mahkamah untuk pihak atas membuat keputusan.

Perlu anda tahu bahawa pesalah perempuan bagi jenayah syariah tidak dikecualikan hukuman manakala pesalah jenayah, perempuan tidak boleh disebat sama sekali.  Hukuman pula disaksikan sekurang-kurangnya 4 lelaki islam bagi jenayah syariah, manakala pesalah jenayah tidak disaksikan oleh siapa-siapa.

Hukuman yang melibatkan sebatan rotan adalah di bawah Enakmen Tatacara Jenayah ia akan dirujuk kepada Bahagian Keselamatan, Ibu Pejabat Malaysia agar tiada sebarang kesilapan semasa pelaksanaan.

Gambaran Hukuman Sebatan Syariah

sebatan atau rotan ikut undang-undang syariah

Gambaran Hukuman Sebatan Sivil

sebatan undang-undang sivil

Nur Farra