Siakap Keli
closeup of the feet of a dead body covered with a sheet, with a blank tag tied on the big toe of his left foot, in monochrome, with a vignette added

(Video) Cemburu Dengan Madu, Wanita Arah Anaknya Rogol, Bunuh Dan Simbah Asid Anak Tirinya Sendiri

Polis India menahan seorang wanita dan empat anaknya berhubung kematian seorang kanak-kanak, dalam satu lagi kejadian rogol dan bunuh yang menggemparkan negara tersebut. Mangsa merupakan anak tiri kepada suspek.

Mayat reput mangsa ditemui pada Selasa dalam semak samun kira-kira 1 kilometer daripada rumahnya di Baramulla, Kashmir dalam wilayah pentadbiran India. Menurut laporan portal berita antarabangsa, polis menerima laporan daripada ayahnya selepas mangsa hilang 12 hari.

Polis dalam satu kenyataan percaya, kejadian rogol dan bunuh tersebut berpunca daripada rasa cemburu suspek utama, seorang wanita berusia 36 tahun terhadap mangsa dan madunya. Pada 24 Ogos yang lalu, suspek dengan bantuan anak dan rakan anaknya telah melarikan mangsa ke satu kawasan belukatr berdekatan tempat tinggal mereka.

Suspek kemudian dipercayai mengarahkan anaknya yang berusia 14 tahun dan dua lagi rakanya, berusia 14 dan 19 tahun, untuk merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Selepas mangsa dirogol, pihak polis percaya mangs dibunuh dengan menggunakan kapak dengan suspek utama pembunuhan tersebut dipercayai adalah anaknya sendiri.

Tidak cukup dengan mangsa dibunuh, kesemua suspek cuba menghapuskan mayat mangsa dengan menuang asid daripada bateri kereta pada mayatnya. Salah seorang suspek juga dipercayai bertindak mencungkil mata mangsa sebelum mayat mangsa dibuang dalam satu semak.

Sehubungan itu, pihak berkuasa turut menahan seorang lelaki yang berusia 28 tahun dipercayai menjadi individu yang membawa bateri kereta ke kawasan kejadian.

”Keadaan fizikal dan analisis forensik awal mendapati bahawa keadaan mayat mangsa selari dengan fakta-fakta kes,” kata kenyataan polis pada Selasa.

Jurucakap polis tempatan, Superintenden Imtiyaz Hussain memberitahu media bahawa semua suspek remaja tersebut telah pun mengaku melakukan jenayah berkenaan dalam soal siasat polis yang diadakan secara berasingan.

”Mereka akan dihantar ke pusat juvana dan akan dibicarakan mengikut undang-undang juvana,” katanya yang turut dilihat menangis ketika mengadakan satu sidang media membabitkan kes berkenaan.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.