Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Siapa kata anda perlu berbelanja besar untuk menikmati kopi premium? Sebenarnya, di seluruh Malaysia, terdapat banyak kafe yang menawarkan kopi berkualiti tinggi yang disediakan oleh barista dengan harga bawah RM10. Kafe ini ada di lokasi yang tak disangka-sangka seperti di hentian MRT, lobi muzium dan kawasan rehat, memastikan anda dapat menikmati kopi berkualiti di saat memerlukan dan pada harga yang hebat.
Tidak kira sama ada anda sedang berulang-alik, bercuti, atau bersiar-siar menikmati keindahan bandar, anda kini boleh menikmati kopi premium tanpa mengempiskan dompet anda. Nikmatilah cappuccino, latte, flat white, dan banyak lagi pilihan lain yang kebanyakannya berharga bawah RM10, semuanya enak belaka.
Nak tahu di mana tempatnya? Mari kita lihat senarai ini:

Bertempat di pinggir Taman KLCC, kafe berkonsepkan treler ini menjadi tempat persinggahan wajib selepas berjoging atau bersiar-siar. Ingin melepaskan lelah selepas penat beriadah? Singgah saja di sini untuk menikmati Cappuccino (RM8) atau Iced Latte (RM10) digandingkan dengan Classic Doughnut (RM3.90) atau Jumbo Croissant (RM6.00) yang pasti memuaskan selera.
✔️ Kopi premium dan pastri segar di pinggir taman.

Hentian istimewa untuk pengguna MRT yang bijak ini bukan hanya satu tempat persinggahan, ia adalah destinasi terbaru untuk anda menikmati kopi dan pastri yang enak sebelum meneruskan perjalanan. Dapatkan Flat White (RM8) atau Iced Americano (RM8), serta Red Bean Doughnut (RM4.10) atau Garlic Chive Bagel (RM8.70), semuanya pantas, menyelerakan, dan harga yang berpatutan.
✔️Tempat persinggahan anda, dengan espresso dan pastri yang enak.

Dikelilingi bangunan pejabat dan reka bentuk moden berkilau, Café Mesra ini menjadi tumpuan warga kolar putih yang ingin berehat seketika. Sama ada untuk memulakan hari atau menghilangkan rasa letih selepas mesyuarat, nikmatilah Vanilla Latte (RM9) atau Hot Americano (RM6), dipadankan dengan Coffee Mexico Bun (RM4.50) atau Donat Ikan Bilis (RM4.10). Sesuai dinikmati sebagai minum pagi atau minum petang untuk meningkatkan mood kerja.
✔️ Kopi hebat untuk mengembalikan semangat, tanpa perlu berbelanja lebih.

Sama ada anda datang bersama rombongan atau bercuti bersama keluarga, kafe ini pasti ada sesuatu yang mampu memikat selera anda. Terletak di dalam Petrosains, ia merupakan lokasi ideal untuk mengisi perut sebelum atau selepas seharian menerokai dunia sains yang penuh keajaiban. Pastikan anda menikmati secawan Hot Chocolate (RM8) atau Matcha Latte (RM9) bersama Smoked Chicken dan Cheese Sandwich Meltz (RM10.10) apabila anda berkunjung ke sini.
✔️ Kombinasi bijak yang menggabungkan sains, hidangan enak dan kopi berkualiti.

Bosan dengan kopi ceroi di hentian lebuh raya? Singgah di kafe ini untuk menikmati kopi premium yang benar-benar berbeza. Sama ada anda dalam perjalanan pulang dari Melaka, atau baru memulakan perjalanan, kafe di R&R Ayer Keroh Arah Utara ini sememangnya unik. Nikmati Americano (RM6), Latte (RM8), serta Double Chocolate Muffin (RM6.90) , atau cuba Chicken Sausage Doughnut (RM4.30) sebelum anda meneruskan perjalanan.
✔️ Nikmati pengalaman kopi sebenar di hentian lebuh raya.
Kalau anda masih tidak perasan lagi, semua lokasi di atas ialah cawangan Café Mesra yang ada di seluruh negara.
Setiap lokasi di dalam senarai ini adalah sebahagian daripada rangkaian Café Mesra yang sedang berkembang, semuanya didorong oleh misi yang sama. Dalam keadaan di mana harga barang semakin meningkat, Café Mesra tampil berani dengan memastikan harga produknya kekal rendah. Mulai 1 Jun, jenama itu telah menurunkan harga semua menu minumannya, menjadikan minuman kegemaran ramai seperti latte, americano, dan teh ais lebih mampu milik, dengan harga minuman bermula dari RM4, dan kebanyakannya di bawah RM10.

Tidak kira di mana sahaja, Café Mesra membuktikan bahawa kopi berkualiti barista tidak semestinya mahal atau sukar didapati. Hanya kopi yang enak, disediakan segar, untuk anda nikmati bila-bila masa.