Kuala Lumpur, 7 Sep – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata pelantikan Dr. Maszlee sebagai Presiden UIAM akan dikaji semula oleh kerajaan.
Perkara itu diumum oleh Tun M dalam satu sidang media sebentar tadi.
“Berkenaan dengan UIA ni, ramai yang memberi pendapat. Kita selalu sensitif terhadap pendapat orang ramai dan kita akan kaji semula tentang pelantikan ini“, ujar Tun M.
Dalam sidang media yang sama, Tun M juga bercakap mengenai prestasi kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir negara. Dalam sidang media itu, beliau berkata berkata ada pendapat yang menunjukkan bahawa rakyat berpuas hati dengan pemerintahan Pakatan Harapan sehingga kini. Selain itu turut difahamkan bahawa survey mengenai perkara itu juga telah dijalankan.
Tonton video penuh dibawah: