Siakap Keli
petua nasi basi
Kredit: Hello Doktor

Jangan Membazir, Ini 4 Petua Tak Nak Nasi Cepat Basi 

Jangan Membazir, Ini 4 Petua Tak Nak Nasi Cepat Basi 

Pernah alami tak, korang masak nasi awal pagi, lepas tu bila nak makan waktu petang atau malam, tiba-tiba nasi tu dah berbau masam, berair dan tak elok dimakan?

Bukan saja membazir makanan, tapi juga rugi masa, tenaga dan wang ringgit. Hakikatnya, perkara ini memang kerap berlaku, lebih-lebih lagi kalau nasi tak disimpan dengan cara yang betul.

Dah susah payah masak, tapi akhirnya tak boleh dimakan. Frust, kan?

Jangan risau, sebenarnya, ada cara mudah nak elak semua ni. Kali ni SK nak kongsikan 4 petua berguna untuk elakkan nasi cepat basi, hasil perkongsian daripada Hello Doktor.

1. Basuh periuk dengan bersih

Ya, kadangkala periuk yang digunakan itu sebenarnya menjadi punca utama mengapa nasi yang dimasak selalu basi.

Ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor bakteria yang ada pada sisa nasi sebelumnya yang masih melekat pada periuk.

Antara kaedah yang paling banyak dikongsikan untuk mencuci periuk nasi adalah dengan menggunakan asam keping.

Caranya boleh dilihat seperti di bawah ini:

  • Basuh periuk seperti biasa dengan menggunakan sabun pencuci pinggan. Kemudian, bilas sehingga bersih.
  • Setelah itu, masukkan tiga genggam garam kasar berserta beberapa keping asam gelugur (asam keping). Tambahkan sedikit air ke dalam periuk.
  • Gosok dalam periuk dengan campuran asam keping dan garam itu tadi menggunakan tangan.
  • Setelah itu, biarkan selama 15 minit.
  • Lakukan langkah yang sama seperti di atas sebanyak 3 atau 4 kali.
  • Kemudian, cuci bersih periuk dengan sabun dan bilas.
  • Isi air dalam periuk dan didihkannya selama 15 minit.

2. Basuh beras berkali-kali

Beras yang tidak dibasuh dengan betul juga boleh menyebabkan nasi cepat basi.

Sebaiknya, basuh beras sekurang-kurangnya tiga kali atau lebih. Cuba basuh beras sehingga warnanya tidak keruh.

Cara ini boleh membantu nasi yang ditanak tahan lebih lama. Selain itu, ia juga lebih menyihatkan kerana kita mengeluarkan lebihan kanji sebelum nasi dimasak.

Setelah beras dicuci bersih, masak nasi dengan menggunakan air bertapis untuk nasi yang lebih tahan lama.

3. Keluarkan wap setelah nasi masak

Jika anda menggunakan periuk nasi elektrik atau automatik, buka penutup periuk nasi selepas nasi masak.

Ini bertujuan untuk mengeluarkan wap nasi supaya ia tidak berkumpul terlalu banyak dan menyebabkan wap air menitis pada nasi.

Jika wap air menitis pada nasi, ia berpotensi membuatkan nasi cepat berbau dan berlendir.

Setelah penutup dibuka, sebaiknya dilap dahulu dengan menggunakan kain bersih atau tisu sebelum ditutup semula.

Anda juga boleh menggemburkan nasi ketika penutup dibuka agar nasi berderai elok dan tidak berketul apabila telah sejuk.

4. Panaskan periuk atas api

Ada masanya kita terlupa mencuci periuk dan mengakibatkan baki nasi menjadi berkulat dan busuk.

Pada waktu ini, bakteria dan kulat telah berkembang biak dengan jayanya dalam periuk anda.

Jadi jangan pelik mengapa nasi cepat busuk walaupun periuk dibasuh berkali-kali.

Perlu diingat, sesetengah bakteria tidak mudah disingkirkan dengan hanya sabun pencuci pinggan sahaja.

Oleh itu, anda perlu menggunakan kaedah lain untuk membunuhnya.

Letakkan periuk secara terbalik di atas dapur dan buka api.

Biarkan selama beberapa minit agar api dapat membunuh bakteria pada periuk sebaik mungkin. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: Ketahui Sebab Dunia ‘Kecoh’ Bila Iran Ugut Tutup Selat Hormuz

Sumber: Hello Doktor

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.