Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia semestinya nasi lemak. Bagi mereka yang sangat menyukai hidangan ini tidak lengkap harinya jika tidak makan sajian itu.
Siapa sahaja yang tidak gemar makan nasi lemak, aromanya mampu memikat selera sesiapa sahaja yang bau dan campuran santan dalam nasi membuatkan ia berlemak sekali gus mampu menambah selera.
Selain hidangan roti canai, nasi lemak juga terkenal dalam kalangan warga dari negara lain di mana rata-rata mereka sangat suka dengan aroma yang ada dalam sajian itu.

Baru-baru ini, sajian nasi lemak ini sekali lagi menjadi bualan dunia selepas tular video masakan dimuat naik oleh pempengaruh di Facebook Villatic Foods.
Menerusi klip yang dikongsikan, memaparkan dua lelaki bekerjasama menyediakan bahan-bahan masakan untuk memasak hidangan simbolik Malaysia berkenaan.
Bertemakan suasana kampung, kedua pempengaruh itu menunjukkan setiap bahan yang digunakan dengan teliti dan kelihatan menarik.

Bermula dari proses mencuci sehinggalah sehingga siap untuk dijamah.

Sementara itu, perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian ramai. Malah rata-ratanya khususnya rakyat Malaysia mengakui terliur melihat masakan asal negara berkenaan meskipun dihidangkan oleh orang luar.
Tidak kurang juga saudara serumpun Indonesia yang tumpang berbangga dengan masakan dari serantau itu.
"Terliur pulakkk pagi-pagi nasi lemak ayam berempahnya," komen seorang pengguna.
"Nohhhhh nasi lemak sampai India.." komen seorang lagi.
"Terus lapar tengok dia masak.." komen seorang lagi.