Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Tak Berniat Nak Kritik Nasi Lemak”, Netizen ‘Pelawa’ Katie Morley Datang Ke Malaysia, Rasa Nasi Lemak Sebenar

syafiq halim
Gambar: itv.com

Memberikan ‘rating’ paling rendah kepada hidangan nasi lemak, seorang wanita daripada United Kingdom menerima kecaman hebat terutamanya daripada netizen Malaysia.

Apa tidaknya, Katie Morley menerusi laman Twitter miliknya telah mengkritik hidangan nasi lemak yang dihidangkan ketika sedang dalam penerbangan. Pendapat yang disuarakan olehnya nyata tidak dipersetujui oleh kebanyakan netizen daripada serata negara.

Ekoran itu, Katie Morley kembali membuat satu ciapan yang lain bagi menerangkan keadaaan yang sebenar. Menurutnya, dia tidak berniat untuk melukakan hati rakyat Malaysia terutamanya apabila mengeluarkan pendapatnya mengenai hidangan nasi lemak.

Katie Morley menerangkan bahawa dia tidak pernah mengetahui mengenai makanan tersebut sebelum ini. Dia juga berharap agar dapat menikmati hidangan yang sebenar pada suatu hari nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempelawa Katie Morley untuk datang ke Malaysia bagi menikmati hidangan nasi lemak yang sebenar.

“Harapnya anda boleh datang ke Malaysia dan menikmati hidangan sebenar yang asli”

“Anda perlu datang ke Malaysia untuk menikmati hidangan sebenar”

“Anda boleh datang ke negara saya dan saya akan bawa anda ke tempat menarik bagi menikmati nasi lemak”

Sumber: Katie Morley