Siakap Keli

SUHAKAM Gesa Mahkamah Syariah Terengganu Mansuhkan Hukuman Sebat

Berhubung keputusan Mahkamah Syariah Terengganu yang menjatuhkan hukuman sebat secara umum kepada dua orang wanita yang didakwa melakukan hubungan sejenis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam satu kenyataan media menerusi laman rasmi Facebook mereka menyatakan kesal terhadap keputusan mahkamah tersebut.

SUHAKAM juga berpendapat bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan budi bicara yang selaras dengan prinsip berperikemanusiaan, belas kasihan dan maruah dalam Islam. Suruhanjaya itu tidak dapat menerima alasan bahawa pilihan serta cara pelaksanaan hukuman itu bertujuan untuk mendidik kerana masyarakat yang berbudaya, bertamadun, sederhana dan progresif tidak akan mengambil jalan keluar dengan menggunakan kekuatan dan memalukan sebagai cara atau alat untuk mendidik.

SUHAKAM turut mengingatkam kerajaan bahawa menjejaskan dan tidak mengukuhkan obligasi Malaysia terhadap hak asasi antarabangsa bukan merupakan sesuatu yang baik demi kepentingan kemajuan negara.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari SUHAKAM mengenai perkara tersebut.

 

Penafian: Artikel ini adalah pendirian SUHAKAM dan tidak ada kena mengena dengan Siakap Keli.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)