Siakap Keli

”Hari Kesebelas Pantang Zuriat Pertama, Isteri Pergi Selamanya,” Sebak, Status Terakhir Isteri Di Facebook Tak Kesampaian

Berdepan dengan kehilangan orang tersayang perit untuk diterima apatah lagi dengan sekelip mata. Tiada sesiapa yang akan memahami sedihnya perasaan kehilangan ini melainkan mereka yang pernah melaluinya. Hanya jiwa yang tabah mampu menerima ketentuan takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan.

Seperti lelaki ini yang terpaksa menerima kehilangan isteri tersayang secara mengejut ketika mereka sedang melalui fasa bahagia dalam hidup. Manakan tidak, baru sahaja dikurniakan cahaya mata pertama 11 hari lalu, pemergian isterinya Siti NurHidayah Mohd Saad tmembuatkan ramai yang bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku.

Malah, wanita itu juga sempat memuat naik status terakhir di facebook sehari sebelum pemergiannya dengan tidak sabar mengajak suami untuk bercuti ke Cameron Highland setelah habis pantang pada hari ke-45. Tersentuh hati kami. Siapa sangka impian itu tidak kesampaian akhirnya apabila dia dahulu dijemput tuhan.

Hamijan ketika dihubungi hari ini berkata, dia tidak menyangka isterinya pergi secara tiba-tiba kerana NurHidayah tidak memberikan sebarang tanda. Bahkan, beberapa jam sebelum kejadian mereka masih berbual seperti biasa.

‘Masa pukul 4 pagi tu elok je sembang-sembang ajak pergi jalan apa semua lepas subuh tu saya tidur sampai pukul 11 saya tersedar anak menangis.

”Saya bangun buat susu anak lepas tu saya panggil isteri saya dia tak menyahut, saya pergi dekat dia tarik selimut dia tengok tangan arwah dah kebiruan,” kata Hamijan.

Panik dengan keadaan isterinya yang sudah tidak sedarkan diri, dia terus memanggil ambulans untuk membawa isterinya ke hospital.

”Lepas tu terus panggil ambulans bawa pergi hospital sampai hospital isteri dah disahkan meninggal dunia,” kata Hamijan.

Menurut Hamijan, doktor mengesahkan terdapat darah beku di peranakan isterinya yang menjadi punca kepada kejadian tersebut, selain mengalami hipoglisemia (bacaan gula dalam darah rendah) kerana mengalami diabetes semasa mengandung.

Bagaimanapun, keputusan penuh dari doktor masih belum diketahui.

Terima kasih kerana awak dah menjadi isteri yang sempurna buat saya dan anak sayang.

Wajahmu sentiasa dalam ingatanku, disusuli doa buatmu isteri.

Cahaya mata yang ditinggalkan menjadi bukti cinta si isteri buat suami. Moga suami allahyarham terus tabah membesarkan satu-satunya zuriat mereka.

Buat para suami, hargailah isteri anda yang telah berjuang nyawa untuk melahirkan anak. Hargailah isteri, bahagiakanlah mereka. Siapa tahu itu saat terakhir anda bersama pasangan? Semoga secebis perkongsian kisah ini membuka mata golongan lelaki bergelar suami di luar sana.

Sumber : Hamijan Mijan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: