Siakap Keli

Air Minuman Jenama Tempatan Ditarik Balik Selepas Didapati Mengandungi ‘Bakeria Alam Sekitar’

Air minuman botol yang diimport dari Malaysia telah ditarik balik selepas menemui bakteria semasa sampel rutin produk, kata Agri-Food & Veterinary Authority of Singapore (AVA) pada Sabtu lalu.

Menurut AVA, bakteria alam sekitar berkenaan lazimnya didapati dalam najis, tanah, air dan sisa kumbahan. Bukan itu sahaja, bakteria jenis ini juga boleh membiak dengan banyak di dalam air. Malahan, apa-apa bahan organik yang bersentuhan dengannya juga berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan bakteria ini.

Penarikan semula itu membabitkan nombor botol 18228 dengan tarikh luputnya pada 4 Ogos, 26 Ogos dan 29 Ogos 2020. AVA turut melaporkan bahawa bakteria jenis pseudomonas aeruginosa adalah bakteria alam sekitar yang ditemui dalam air tersebut.

Produk ini diimport dari Malaysia oleh BSY Power of Light Trading dan AVA telah mengarahkan BSY untuk menarik semula semua produk yang terlibat.

Orang ramai yang telah menggunakan produk tercemar bakteria ini diminta untuk merujuk kepada doktor bagi pemeriksaan lanjut sebelum membawa kepada penyakit serius.

Nur Farra