Siakap Keli

(Video) Ngeri, Imej Satelit Papar 9 Putaran Taufan Raksasa, Tiga Daripadanya Menuju Ke Asia Tenggara

Saintis yang pada mulanya menggunakan pengimejan daripada satelit untuk menjejaki pergerakkan taufan Florence membuat penemuan mengejutkan apabila menemui 9 lagi jejak taufan raksasa yang sedang bergerak di keliling dunia.

Imej tersebut yang dimuat naik ke media sosial itu jelas menunjukkan beberapa titik dimana beberapa bahagian dunia bakal dihentam dengan taufan berbahaya, sekali gus membei amaran kepada komuniti sains mengenai ancaman taufan.

Setiap imej tersebut yang ditandai dengan bulatan bewarna merah turut diberi nama, jelas menunjukkan bahawa bukan hanya ancaman taufan Florence sahaja yang patut dibimbangkan.

Berdasarkan imej tersebut, taufan Helene dan taufan Isaac boleh dilihat sedang mengelilingi Lautang Atlantik manakala ribut 95L pula sedang menuju ke wilayah Carribean.

Manakala taufan Olivia dijejaki dalam laluan menuju ke Hawaii manakala ribut tropikal Paul pula sedang menuju ke arah pantai barat wilayah Mexico.

Namun yang lebih merisaukan apabila tiga lagi titik taufan yang berpotensi menjadi taufan raksasa itu dalam laluan menuju ke wilayah-wilayah di Asia Tenggara. Ancaman-ancaman berkenaan datang daripada ribut 91W dan 27W serta taufan Mongkut yang ketika ini masih lagi berputar di kawasan Laut Pasifik Barat.

Menurut pakar-pakar dalam bidang taufan, ia adalah satu perkara yang luar biasa dan aneh untuk taufan aktif wujud di Laut Atlantik dan Laut Pasifik pada masa yang sama.

”Menariknya ketika ini adalah taufan di Laut Pasifik adalah aktif, manakala taufan di Laut Atlantik sangat aktif, sesuatu yang sangat luar biasa,” kata Phil Klotzbach, penyelidik sains daripada Universiti Colorado.

”Ia sangat mengejutkan apabila mendapati bahawa taufan wujud pada masa yang sama di kedua-dua laut,” katanya lagi.

Semenjak musim taufan dikesan bermula pada musim panas yang lalu, terdapat sehingga 9 taufan ditemui di Lautan Atlantik iaitu melebihi jumlah normal. Manakala 15 lagi dikesan berada di Laut Pasifik.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=LsDTaMKU1lw]

 

Sumber : Dailymail UK

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.