Siakap Keli

Berang Isteri Tak Layan Permintaan, Kaki Dadah Tergamak Tembak Mati Anak Sendiri Untuk Lepas Geram

Poratl berita antarabangsa melaporkan seorang lelaki berusia 25 tahun, tergamak menembak mati bayinya sendiri yang berusia 6 bulan selepas permintaannya untuk bersetubuh ditolak isteri.

Suspek, Maycon Salustiano Silva ketika kejadian itu berlaku dipercayai berada di bawah pengaruh dadah selain dalam keadaan mabuk sebelum menembak mati anaknya dengan menggunakan pistol dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu, di Brazil. Suspek sebelum itu dikatakan telah bertengkar dengan isterinya Jeniffer, 20.

Menurut pihak berkuasa, pertengkaran tersebut berpunca apabila Jeniffer dikatakan telah menolak permintaan suspek untuk mengadakan hubungan seks. Suspek yang berang kemudian keluar mencari pistolnya yang dikatakan disorok di bawah sofa.

Silva ketika ditahan yang berada dalam keadaan terpinga-pinga mendakwa tidak mengingati tindakannya kerana mengakui berada di bawah pengaruh dadah selain turut mabuk.

”Kami percaya suspek menembak anaknya sendiri ketika mengamuk kerana permintaannya ditolak oleh isteri. Tembakan tersebut mengenai dada bayi malang tersebut yang tidur di dalam buaian di dalam bilik yang sama,” kata pihak berkuasa.

Bayi berkenaan, Michael disahkan meninggal dunia selepas kira-kira jam selepas kejadian.

”Menurut laporan yang dibuat oleh ibu mangsa, suspek dikatakan telah mengejutkannya bangun daripada tidur dan mengajaknya mengadakan hubungan seks.

”Isterinya menolak permintaan tersebut kerana kepenatan, namun suspek yang berang dikatakan telah bertindak memukulnya berulang kali,” kata polis lagi.

Suspek pada awalnya dilapor keluar daripada bilik dan menuju ke bilik air. Bagaimanapun suspek yang kembali semula ke dalam biliknya di dakwa mengacukan pistol terhadap isterinya.

Silva kemudian mengalihkan arah pistol tersebut dan mengacukannya kepada anak mereka berdua yang sedang lena ketika itu. Silva juga mengugut isterinya bahawa dia akan menembak Michael sekiranya dia terus enggan melayani isterinya.

”Pada mualanya Silva didakwa cuba membunuh isterinya. Bagaimanapun, rayuan Jeniffer supaya suspek bertenang membuatkan suspek bertambah berang.

”Suspek kemudian mengacukan senjata terhadap bayinya sendiri dan mencabar isterinya supaya memintanya menembak bayi malang tersebut,” mengikut kenyataan polis.

Secara tiba-tiba, suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah bayinya. Jiran yang terkejut mendengar bunyi tembakan tersebut kemudian menghubungi pihak berkuasa. Jiran berkenaan pada mulanya tidak dapat memberitahu dengan tepat dari mana arah datangnya bunyi tembakan tersebut memaksa polis mengambil sedikit masa untuk mengesan kedudukan tepat kejadian.

”Dia (isteri suspek) menangis dan meraung, suaranya meminta tolong jelas kedengaran, kemudian dia tiba-tiba terdiam dan semuanya menjadi sunyi,” kata salah seorang daripada jiran mereka.

Kira-kira 2 jam selepas polis tiba di lokasi kejadian, barulah ambulans tiba untuk mengambil Michael dan membawanya ke hospital, namun sudah terlambat kerana Michael sudahpun tidak bernyawa.

”Kami tidak tahu kenapa ambulans mengambil masa yang sangat lama untuk tiba di sini. Tetapi ibu mangsa memberitahu di pengsan seketika selepas kejadian tersebut.

”Jeniffer juga memberitahu bahawa dia tidak mengingati berapa lama dia pengsan dan hanya menghubungi pihak berkuasa selepas kembali sedar daripada pengsa tersebut,” kata polis lagi.

Pasangan suami isteri berkenaan mendirikan rumah tangga kira-kira 4 tahun yang lalu dan Michael merupakan anak sulung mereka. Manakala Silva ditahan pihak berkuasa dan dituduh atas jenayah bunuh, miliki senjata api serta keganasan domestik.

Sumber : The Mirror

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.