Siakap Keli

Kecewa Isteri Asyik Lahir Anak Perempuan, Kanak-Kanak Cedera Parah Dicampak Bapa Sendiri Yang Mahukan Anak Lelaki

Seorang lelaki yang terdesak mahukan anak lelaki ditahan pihak berkuasa selepas tindakannya mencampak kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun yang juga anaknya keluar daripada rumah, dalam kejadian yang berlaku di India.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah, mengikut laporan Tribune.

Mengikut laporan portal berita tempatan berkenaan, lelaki tersebut merasa kecewa dengan isterinya yang asyik melahirkan bayi perempuan dan pada masa yang sama suspek dikatakan terdesak untuk mendapatkan anak lelaki.

Kanak-kanak berusia 2 tahun menjadi mangsa keganasan bapanya sendiri selepas ibunya selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan, pada Rabu.

”Selepas kelahiran anak pertama yang merupakan seorang perempuan, Arvind Gangwar (suspek) seorang buruh dikatakan merasa sangat kecewa dan terdesak mahukan seorang anak lelaki. 

”Bagaimanapun isterinya sekali lagi melahirkan seorang anak-anak perempuan pada pagi Rabu. Ketika isterinya bersama-sama ahli keluarga lain sedang menjamu seleras, suspek yang mabuk dikatakan telah membawa Kavya (mangsa) ke bahagian atas rumah teres dan melemparkannya ke bawah.

”Kejadian itu disedari oleh ayah suspek, Herpal Gangwar yang kemudiannya melaporkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa,” kata sumber polis.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan keadaannya dikatakan serius. Suspek berjaya ditahan pihak berkuasa dan kes berkenaan sedang disiasat sebagai kes cubaan bunuh.

Sumber : Tribune

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.