Siakap Keli

Kerajaan Negeri Tutup Semua Pusat Peranginan Di Terengganu Bermula Oktober

Untuk orang ramai yang berkira-kira mahu bercuti ke pulau-pulau di Terengganu bermula bulan depan bolehlah berkira-kira untuk membatalkan hajat tersebut apabila portal berita tempatan melaporkan bahawa semua resort dan dan chalet di pusat peranginan di sekitar Terengganu akan ditutup bermula Oktober.

Menurut portal berita berkenaan yang memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, penutupan tersebut dibuat sebagai persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh.

Ujar Ariffin lagi, orang awam dan pelancong diminta untuk sentiasa peka dengan perubahan cuaca semasa sebelum membuat keputusan untuk berkunjung ke pulau-pulau di negeri berkenaan.

Portal berita yang sama juga berkata, bermula daripada Oktober hingga Februari merupakan tempoh yang sangat mencabar buat pengusaha pusat peranginan. Walaupun mereka berharap ada pelancong yang berkunjung ke sana, namun Ariffin berpendapat bahawa keselamatan pelancong adalah lebih penting.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menutup semua pusat peranginan di pulau-pulau sekitar Terengganu demi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selain itu, portal berkenaan turut menyebut kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pelbagai kejadian kecurian yang dilaporkan berlaku terutamanya di Pulau Perhentian ketika ini.

Ariffin melalui laporan portal berita berkenaan turut berharap semua pengusaha pusat peranginan mengambil peluang penutupan ini untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikkan.

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.