Siakap Keli

“Diaorang Tak Tahu 20 Orang Team Aku Boleh Tengok FB Diaorang,” Syamsul Bagi Amaran Penonton Curi Rakam Munafik 2

Filem yang pecah panggung tahun ini, Munafik mendapat sambutan menggalakkan sehingga berjaya mengumpul lebih 30 juta sepanjang tayangannya bulan lalu.

Pun begitu, keterujaan penonton membuatkan ada segelintir daripada mereka mencuri rakam tayangan sehingga isu ini didengari pelakon Munafik sendiri.

Datuk Fizz Fairuz, antara salah seorang yang telah mengeluarkan amaran selepas mendapati filem tersebut dirakam dan disiarkan melalui laman Facebook.

Selain Fizz, Syamsul Yusof sebagai pengarah turut mengeluarkan kenyataan berbaur amaran melalui laman Instagram miliknya yang menegaskan bahawa pelaku yang melakukan perkara tersebut akan dijejaki.

“Takut nanti surat peguam sampai depan rumah. Bukan susah nak jejak orang yang muat naik (dalam talian) tu. Siap boleh dapat nombor kad pengenalan sekali.

“Kadang-kadang lepas bagi amaran mereka terus sekat aku, tapi mereka tak tahu teamaku yang 20 orang tu boleh tengok FB mereka,” katanya.

Justeru itu, mereka menggesa pemilik akauan yang menyiarkan filem tersebut di laman media sosial untuk menurunkan sebelum tindakan undang-undang diambil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hati2 kalau nak upload/share filem MUNAFIK 2 yg masih lagi tayang dipawagam.Takut nanti surat lawyer sampai depan rumah. Bukan susah nak trace IP address org yg upload tu.Siap boleh dapat ic no sekali dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) . Kadang2 lepas bagi amaran, mereka trus block sy tapi mereka tak tahu team sy lagi 20 org boleh tengok FB/YouTube channel mereka. . Ada yg masih tak faham apa yg mereka buat ni sebenarnya salah besar disisi undang2 Malaysia. . Sila padam video MUNAFIK 2 sebelum IP address anda dikunci. Dengan ini amaran telah diberikan pada anda bertarikh 19 September 2018. Amaran ini akan diguna pakai dimahkamah persekutuan sebagai bukti kukuh jika gagal dipatuhi. . Dakwaan bawah akta hak cipta 1987 Denda 20 Ribu atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. . Video yg melebihi 15 saat telah melanggar Copyright Infringement Law. Jika anda berdegil, syarikat kami akan mengambil tindakan kes keatas anda. Harap maklum. Kasi #share la yer ☝ @maya_karin @cahayaasmawi @fizzfairuzofficial @fauzinawawi_new @nasirbilankhan171960 @norzarasophia #Munafik2

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Nur Farra