Siakap Keli

Terkini : Mahkamah Benarkan Najib Diikat Jamin RM3.5 Juta

Hakim Mahakamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi membenarkan ikat jamin terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebanyak RM3.5 juta dengan seorang penjamin atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 lagi pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

Pada masa sama, mahkamah turut meminta Najib membayar wang jaminan RM3.5 juta secara ansuran sebanyak RM500,000 bermula esok sehingga 28 September ini.

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak bakal didakwa sekali lagi di bawah beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” memetik kenyataan.

Najib sebelum ini  telah ditahan kira-kira jam 4 petang semalam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.  Difahamkan penahanan ini berkaitan dengan kes dana RM2.6 bilion yang berkait dengan 1MDB sebelum ini.

Susulan kes ini, jika beliau didapati bersalah, beliau dikatakan akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.