Cyst merupakan suatu penyakit merbahaya yang boleh menyerang mana-mana individu tanpa disedari. Jika anda ingin tahu, penyakit Cyst adalah ketumbuhan yang mengandungi cecair sama ada air, cecair becampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak, dan lendir. Ia juga boleh disertai dengan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dan lain-lain.
Ramai kaum wanita yang mengalami cyst namun tidak menyedarinya hinggalah sampai ke tahap membahayakan diri. Tidak kurang ada yang menyedari perubahan pada diri tetapi tidak melakukan pemeriksaan lebih lanjut berjumpa dengan doktor.
Perkongsian oleh Nur Ezzati ini mungkin boleh dijadikan pengajaran oleh semua wanita di luar sana agar lebih berhati-hati. Manakan tidak, gadis ini mengalami cyst seberat 12kg dan sebesar 42kg. Doktor mengatakan ini merupakan cyst terbesar yang pernah mereka jumpai. Lebih sedih, dia juga dituduh dan ditomah dengan kata yang tidak elok kerana disangkakan mengandung luar nikah. Ikuti luahan gadis ini seperti di bawah.
Bermula lah kisah hidup seorang mahasiswi di universiti pada hujung tahun 2013 bila aku diserang senak perut yang melampau dan perut yang semakin membuncit.
On that time ramai dah yang start tegur kenapa perut macam nampak pelik. Even parent aku sendiri dah syak bukan bukan dengan aku. (Al maklum la perempuan kalau buncit pelik ni orang fikir lain)
Tapi biasalah manusia, takpernah nak alert dengan keadaan diri sendiri. Aku tak endahkan apa orang kata. Just let it go and anggap perut buncit tu sebab gemuk.
Sampai la satu tahap period dah semakin tak teratur.Sampai tahap lebih dari 15 hari (dah memang tak normal kalau ikutkan tu) Paling runsing bila perut dah makin membesar dan mengeras. Masa tu aku masih lagi husnudzon dengan diri sendiri.(Takde apa ni sebab nak sedapkan hati sendiri) Pap!!!! Guest what.
Masih segar dalam ingatan aku petang after class otw balik ke kolej aku singgah pejabat kolej dengan keadaan mengah mengalahkan marathon 100m dengan tujuan nak ambik kunci kolej je.
Dalam tak sedar rupanya banyak mata yang perhatikan aku bila aku masuk pejabat kolej tu. Tetiba aku terdengar penyelia kolej panggil aku masuk bilik dia. ”Dik dik sini kejap masuk bilik saya.”
Dengan perasaan bersahaja aku masuk bilik dia then tetibe telinga ku panas disapa ”Dik, awak pregnant ke?!” Oh god!!!! Masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan cuak takut nak nangis nak blah semua nya bercampur baur. Gila kau terdiam aku dengar soalan macam tu.
Damn. Masa tu aku bermati-matian tak mengaku yang aku ‘pregnant’ tapi sayang penyelia kolej tu tak bagi aku peluang nak pertahankan diri aku. Bertubi tubi soalan dia tanya aku. Punyalah dia nak aku mengaku, sampai tahap dia pujuk aku.D ia siap boleh cakap macam ni. ”Dik, kalau awak pregnant bagitahu je.Kami akan provide kolej yang lebih dekat. Jangan risau kami tolong awak. Saya risau if anything bad happened lagi teruk.”
Dalam hidup aku satu je, kalau aku tak buat hidup mati balik pun aku tak mengaku. Hahahaha. Tapi penyelia kolej tu masih takpuas hati dengan jawapan aku bagi. Then tetibe je dia tarik tangan aku lalu bawak aku ke belakang (ke surau dalam office tu). Nak tahu tak dia buat apa dekat aku.
Jeng jeng jengggggg. Dia bawak aku masuk dan minta aku baring. Dengan muka terpinga pinga aku tururkan juga. (Redha jela dah kena baring). Usai baring laju je tangan dia pegang perut aku. Aku macam wondering la, dah kenapa pulak nak pegang pegang perut aku ni taktahu ke aku rasa sesak nafas baring dengan takde bantal macam tu.
Dia pegang pegang taktahu apa yang dia nak sampai la kawan dia masuk dia cakap… ”Eh takde rasa kepala baby pun. Perut dia keras macam ni je.” Halamakkkk. Kepala baby yang dicarinya. Penyelia tu masih tak puas hati dengan keadaan tu. Dia seolah-olah tak dapat nak terima hakikat yang aku ni tak pregnant.
Dengan muka takpuas hati dia cakap dekat aku macam ni. ”Kalau awak taknak mengaku juga yang awak ni pregnant, saya bawak awak ke klinik untuk check up & scan.” Agak-agak korang apa jawapan aku masa tu? Kalau korang la kan, kita takbuat something bad so perlu ke nak rasa takut??????
Yes!!! Macam tu la dengan aku. Sikit pun tak takut apa padahal setakat nak pergi check up. Dah memang aku confident aku tak buat kenapa nak takut. Pendek cerita aku ikut je penyelia kolej tu pergi ke sebuah klinik di bandar Dungun. Sampai sampai je dia minta doctor check aku & terus minta scan perut yang oncet ni.
Big AHAAAAA!!!! Doctor tu cakap…… ”Maaf puan, adik ni tak pregnant.” On that time rasa alhamdulillah Ya Allah, aku tak pregnant aku tak buat bukan-bukan. Tapi masih dengan muka kerek penyelia tu, dia tak puas hati kenapa aku tak pregnant. Hahahahaha kenapa kenapa??? Kenapa dia tak puas hati sangat dengan result scan tu.
Then dia pun bersuara ..”Doctor, macam mana tak pregnant sedangkan perut dia ni dah macam cukup bulan ni.” Dari baringan aku, aku nampak doctor tu pandang aku dengan satu berita yang kurang enak. Hambar senyuman dia. Doctor tu pun cakaplah bebaik dengan penyelia kolej aku ”puan, dia tak pregnant tapi dia suspect CYST.”
Terpinga pinga aku dibuatnya.. Apa benda dohhh cyst tu??? Cyst tu ada dekat mana? Sejenis apa? Nah la belanja sikit gambar aku dalam keadaan perut membuncit tu.
Bila korang tengok gambar aku on that time tu apa first perception korang??? Jujur k jujur. At first memang tak boleh nak terima kenyataan aku di diagnosed dengan penyakit tu. Lagi tambah tak tenang bila doctor tu cakap ”dik, cyst awak ni dah besar sangat ni sampai dah tertutup organ dalaman awak yang lain.”
MashaAllah masatu rasa macam nak hilang nyawa kejap. Time time tu lah nak teringat parent dekat kampung ni ha. Tapi apa yang penting aku puas hati sebab aku berada di pihak yang benar. Tak sudah sudah penyelia kolej aku tu minta maaf siap offer akan tolong aku settlekan semua procedure aku nanti (tukar kolej/refer letter hospital/bil hospital).
Tapi tulah orang kata, adat hidup dekat dunia bukan dia la kalau tak diuji lagi dan lagi. Tak tahulah kenapa malang sangat nasib, dah la sakit dah tahap kritikal. Ehhhhh boleh pulak difitnah lagi sekali. Kalini bukan setakat geng kolej tu tapi satu universiti membuat satu pertuduhan tak rasmi dekat aku. Nak tahu tak kenapa?
Punya la bad luck aku ni. Kebetulan masa tu universiti aku tengah famous dengan kes ni. (Agak mengaibkan universiti) tapi aku rasa terkesan dengan semua ni. Selamber je aku dapat pertuduhan tak rasmi macam ni.
Allahu sekali lagi diuji plus mendapat tomahan yang kurang enak didengar sebab sentap dia sampai ke lubuk jiwa yang paling dalam tau. Ada ke patut rakyat jelata cakap aku mak kepada baby yang teraniaya tu. What de heck!! Kalau tu anak aku takkan la masatu perut aku membuncit lagi.
Hari berganti hari isu tu dah makin slow diperkatakan. Tapi serious aku cakap, dasyat penangan isu tu dalam hidup aku. Gila stress weh pergi memana dengar orang cakap pasal aku. Dah la dengan keadaan yang tengah sakit. Macam-macam kena tanggung. Bayangkan masatu jk teruk (jiwa kacau). Mana nak mantapkan emosi yang tengah goyang. Mana nak hadap mulut manusia. Nak menahan sakit lagi.
Gentle aku cakap, lepas je di diagnosekan tu hari-hari aku menangis. Hari-hari rasa give up. Mental koyak teruk kot dengan masatu perut aku dah kritikal. Penat wehhh gi kelas jalan kaki hari-hari dengan bawak perut besar macam tu.
Result check up dengan specialist Hospital Dungun memang CONFIRM aku punya cyst tu dah tahap kritikal and i need Immediately Operation. Doktor Hospital Dungun provide me refer letter sebab aku minta transfer HTAA Kuantan sebab parent & family semua dekat sana.
Masa aku dah transfer ke HTAA kuantan tu size cyst aku dalam 36cm dah. (Kritikal la orang kabo tunggu masa nak popppppp je). Then after beberapa kali appointment aku dapat exact date operation aku on 29 Januari 2014.
Derita masa tu Allah je yang tahu. Dengan debaran menunggu date operation lagi, lepastu nak kena buat itu ini untuk perubatan tradisional. Waktu terus berlalu, tapi satu pun tak menjadi.
Hari yang dinanti telah tiba. 28/1/14. Muka steady je lagi.. Perasaan cuak takut semua takboleh nak cerita dekat manusia. Berdebornyala nak tunggu esok hari tu.
Petang lepas warded tu, doctor yang handle kes aku ni panggil masuk bilik dia. Macam macam dia cakap dekat aku plus nak kema sign banyak gila term & condition apa semua.
Paling tak boleh lupa dia cakap ”if any emergency case happen, i terpaksa remove your rahim, I’ll do for the sake of your life. Oh god!!! How i can continue mylife without my rahim. How i can produce my very own production (anak).
Esoknya telah tiba. 29/1/2014 Tarikh keramat dalam hidup aku. Aku ni jarang sakit tapi bila dah sekali sakit padunyaaaaaaaaa. Dalam OT tu takpayah cakap la rasa dedor dia tu macam nak tercabut jantung. Sebab doctor dah pesan awal if there’s any complications dia akan buat segala benda yang aku dah sign hari sebelumnya tu. Aku punya major case.Ovarian cyst aku dah memenuhi ruang perut.I’m 50/50 guys!
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & dipermudahkan. Okay guys, korang nak tak tengok ovarian cyst yang keluar dari perut buncit aku ni? Tapi kalau tengok janji tak shock k. Gambar ni Dr Huda HTAA yang bagi aku tengok. Dia cakap semua orang dalam operation room terkejut tengok size ovarian cyst aku ni this is very first time dorang handle ovarian cyst sebesar ni. It’s 12kg and 42cm bruh.
Lesson yang aku dapat share bout cyst dengan seluruh kaum hawa bidadari syurga:
1. Kalau period tak teratur please guys cepat cepat pergi buat check up
2. Jaga pemakanan (avoid unhealthy food/cheese/soya)
3. Avoid pantiliner usage.
4. Makesure your feminine part always kering.
Sumber : Nur Ezzati