Siakap Keli

Pendakwah Terkenal, Selebriti Sertai AMANAH

Datuk Hassan Mahmud, pendakwah terkenal membuat keputusan menyertai AMANAH yang dengan ini membuktikan gerak kerja polik berlandaskan Islam tidak hanya menjadi milik mana-mana parti.  Ini kerana juga merupakan salah satu usaha menunjukkan perjuangan untuk memartabatkan Islam yang sememangnya bersifat luas.

Selaku naib ketua pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd, pembabitan Hassan dipercayai akan memperkasa Majlis Penasihat Pakar parti yang kini diketuai bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia Ahmad Awang.

“Sebagai tokoh pendakwah kanan yang dihormati segenap lapisan masyarakat, penyertaan beliau juga diharapkan mampu menarik lebih ramai lagi agamawan untuk bersama-sama AMANAH.”

Hassan merupakan tokoh pendakwah yang sentiasa dihormati dengan penyampaian dakwahnya yang sangat jelas selain statusnya juga sebagais seorang hafiz.  Penyertaan beliau diumum naib presiden parti, Datuk Mahfuz Omar yang turut mengumumkan penyertaan seorang lagi selebriti iaitu Wak Doyok.

Nur Farra