Siakap Keli
Gambar Hiasan

”Dua Lelaki Pegang, Sambil Seorang Lagi Rogol,” Tragis, Budak Tadika 4 Tahun Diperkosa 3 Murid Sekolah

Tragis. Begitulah apa yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang berdepan detik hitam apabila dia diperkosa sekumpulan murid di tandas sekolah dalam serangan seksual yang mengejutkan Thailand baru-baru ini.

Kanak-kanak malang itu difahamkan telah menjadi sasaran oleh tiga murid berkenaan dari sebuah sekolah di Bang Lamung, Timur Thailand. Terdapat laporan yang mengatakan bahawa salah seorang daripada murid membawa pisau ketika melakukan serangan seksual tersebut.

Ibu mangsa, 41, berkata, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa anaknya itu selepas dimaklumkan oleh guru pada 4 September lalu.

Menurut ibunya, anaknya itu memberitahu dia pergi ke ke tandas yang terletak di belakang sekolah seorang diri. Tiga murid murid lelaki itu menunggu mangsa datang. Dua daripadanya memegang badan mangsa sementara seorang lagi murid merogolnya, lapor Thai Visa News.

Laporan perubatan kemudian mengesahkan, kanak-kanak malang itu memang telah diperkosa.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit kemudiannya telah ditangkap dan disoal siasat oleh pihak polis. Mereka sekarang ditempatkan di pusat tahanan juvana.

Gambar Daily Mail : Pihak polis menemubual tiga murid tersebut yang melakukan serangan seksual

Kejadian itu turut mendapat perhatian ahli politik, Paveena Hongsakul, yang mengarahkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tandas sekolah untuk tujuan keselamatan.

Beliau juga meminta pihak sekolah mengkaji semula kedudukan blok tandas di kawasan sekolah yang dikatakan tidak relevan.

Kanak-kanak di usia ini sudah tergamak melakukan perbuatan keji. Di manakah salah didikan? Terbayang, kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun itu terpaksa berdepan detik hitam dalam hidup, sebak dan sangat kasihan!

Sumber : Daily Mail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.