Siakap Keli

Kematian Akibat Keracunan Arak Meningkat

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) – Jumlah terkini kematian akibat keracunan alkohol di seluruh negara setakat pukul 2 petang ini meningkat kepada 36 orang, dengan kes kematian terbaharu dicatatkan di Perak semalam.

Di IPOH, Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A. Sivanesan berkata lelaki tempatan itu berumur lingkungan 33 hingga 40-an, yang sebelum ini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, meninggal dunia pada pagi Sabtu.

“Seorang lagi mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di HRPB, manakala seorang lagi dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Memory Walk 2018’ bagi Kesedaran Dementia di sini, hari ini.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat keracunan arak di Perak meningkat kepada tiga.

Pecahan jumlah keseluruhan kematian akibat keracunan alkohol sehingga berita ini ditulis adalah 24 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur dan tiga di Perak.

Sivanesan berkata setakat ini tiada kes baharu dilaporkan di Perak menjadikan kes keracunan alkohol kekal lima.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata wabak beguk dikesan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman di sini baru-baru ini.​

Tanpa menyatakan jumlah pelajar terlibat, beliau berkata keadaan adalah terkawal.

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di