Siakap Keli

Nak Bagi Pengajaran Dekat Anak Boleh, Tapi Jangan Buat Lima Jenis Hukuman Berbahaya Ini Pada Mereka

Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak masing-masing untuk memberi pengajaran kepada mereka agar menjadi individu yang bermoral.

Niat setiap ibu bapa ketika mengajar anak mereka pastinya baik dan bukanlah kerana mereka bencikan anak sendiri meskipun ada kanak-kanak yang terlalu nakal dan sukar untuk dikawal.

GAMBAR HIASAN

Namun tidak dinafikan bahwa ada segelintir ibu-bapa yang menggunakan cara yang agak keterlaluan dalam “mendidik” anak mereka.

Perkongsian dari Dr.Taufiq Razif di laman facebooknya sedikit sebanyak memberi info kepada ibu bapa di luar sana tentang beberapa jenis hukuman yang boleh membahayakan anak-anak sekiranya dilakukan.

Semoga perkongsian ini berguna dan selamat membaca.

5 Cara Hukuman Yang Bahaya Pada Anak! Mak Ayah Wajib Tahu!

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

1. Pukul Muka

– Pukulan di muka dan kepala bukan saja dilarang di dalam agama tapi silap haribulan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegeran pada otak ( concussion ) dan juga perdarahan di dalam otak.

2. Menampakkan kemarahan secara melampau

– Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tapi bila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tak stabil anak akan menganggap hukuman yang kita beri tu sebagai pemuas nafsu amarah kita.

Jangan terkejut kalau anak kita boleh berdendam dengan kita kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tak terkawal.

3. Memukul sampai cedera atau luka

– Rotan dibolehkan dalam agama tapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas. Lebam tu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit tau. Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik nak mendidik je. Bukan sebagai cara nak lepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.

GAMBAR HIASAN

4. Hypercritical dengan anak sendiri

– Anak tertumpah air sikit kita bebel.
Anak tersilap sikat rambut sikit kita marah.
Anak tak sengaja tumpahkan makanan sikit pun kita melenting.
Anak salah pakai selipar pun kita dah mula naik angin dan bebel tak berhenti.

Mak ayah yang hypercritical ni bukannya tak sayang anak tapi ada benda yang tak setel dengan emosi dalamannya. Kalau tak dikawal, lama kelamaan ianya boleh bertukar menjadi penderaan lisan tanpa sedar ( verbal abuse ).

5. Memaki dan mengherdik tak berhenti

– Emosi anak kita tersangat la rapuh. Bukan cuma fizikal anak je sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. Apa je benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak kita.

Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi ( emotional abuse ). Anak-anak yang biasa kena penderaan emosi ni akan tertinggal dalam pelajaraan, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri!

p/s : Saya ada kongsi Formula Kawal Emosi dalam Ebook saya ni. Klik je link ni ye 👇
www.kawalemosi-ibuanak.com

p/s : Tolong ingatkan pasangan masing-masing ye. Jangan sampai anak dah besar baru nak ubah cara didikan. Parut di kulit mungkin boleh hilang tapi parut kecederaan emosi dan psikologi akan efek si anak sampai la ke tua nanti.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar