Siakap Keli

(Video) Bernilai 1,000,000,000 Pound, Begini Rupanya Rumah Paling Mahal Di Dunia.

Struktur bangunan unit yang terletak di Mumbai, India ini dikatakan adalah rumah paling mahal dan paling besar di dunia, yang hanya didiami oleh lima orang sahaja.

Rumah berkenaan yang dinilai berharga 1 bilion Pound (RM 5.46 bilion) menempatkan lima tempat pendaratan helokopter (helipad), sebuah pawagam, beberapa buah kolam renang dan pemiliknya mengupah seramai 600 orang staf untuk bekerja dengannya.

Siapakah pemilik bangunan setinggi 27 tingkat ini? Tak lain tak bukan adalah lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani, 61, bersama-sama isterinya, Nita dan tiga orang anak.

Beliau merupakan pengerusi kepada sebuah syarikat gergasi yang terlibat dalam industri, Reliance Industries. Syarikat berkenaan yang diwarisi daripada ayahnya, Dhirubhai Ambani, merupakan syarikat paling bernilai di India.

Pada 2010, rumah Mukesh diiktiraf sebagai rumah peribadi yang pertama di dunia dinilai pada harga 1 Bilion. Mukesh menamakan rumahnya dengan nama Antilia, yang membawa maksud Pulau Mistikal.

Rumah dengan 27 tingkat ini mempunyai ketinggian 570 kaki (173 meter) dan seluas 400,000 (121,920 meter) kaki persegi merupakan sebuah pencakar langit yang terletak di tengah-tengah kota berkepadatan seramai 3 juta penduduk.

Pada 2017, Forbes meletakkan Mukesh sebagai lelaki terkaya di di India dengan kekakyaan sejumlah 34 bilion Pound (RM 185 bilion). Menurut Forbes lagi, Mukesh dan abangnya mewarisi kekayaan tersebut setelah mengambil alih syarikat daripada bapanya yang meninggal dunia pada tahun 2002.

Melangkah lebih jauh, Mukesh kemudian mengembangkan cabang perniagaannya apabila menceburi perusahaan telekomunikasi dengan melancarkan rangkaian telefon capaian 4G dikenali sebagai Jio.

Selain menjadi pemilik kepada syarikat paling bernilai di India, Mukesh juga merupakan pemilik sebuah kelab elit Liga Kriket India, Mumbai Indians serta sebuah universiti.

Mukesh Dan Nita

Semua aset dan kekayaan yang dimilikinya sebelum ini pernah diterbitkan dalam Vanity Fair melalui temubual yang dilakukan bersama-sama isterinya, Nita.

Nita turut menjelaskan bahawa rumah berkenaan turut dilengkapi dengan dewan besar yang 80 peratus syilingnya dihiasi dengan cendeliar selain terdapat taman luar rumah setinggi empat tingkat.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=SvHM6GsxOYg]

 

Sumber : Mirror 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.