Siakap Keli

Puluhan Ribu Lebah ‘Berehat’ Dalam Enjin Pesawat, Penerbangan Terpaksa Ditunda

Pesawat Mango Airlines di Durban, Afrika Selatan terpaksa menunda penerbangannya selepas sekumpulan lebah menyerang dan memasuki enjin pesawat.

Bagi mengatasi masalah tersebut, beberapa dipanggil untuk mengeluarkan kira-kira 20,000 ekor lebah dari enjin kapal terbang itu.

Menurut salah seorang pakar lebah, kemungkinan kumpulan lebah itu sedang berehat di dalam enjin pesawat sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Insiden yang disifatkan sebagai sesuatu yang jarang berlaku bagaimanapun terjadi apabila lebah-lebah tersebut memenuhi enjin pesawat dalam masa 25 minit.

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini dalam lapan tahun saya di industri penerbangan,” ujar Jurucakap Mango Airlines, Sergio dos Santos yang dipetik daripada News24.

Berikutan dari kejadian itu, tiga penerbangan turut ditunda di Lapangan Terbang Antarabangsa King Shaka, Durban.

Lebah-lebah tersebut selamat di keluarkan dan dihantar ke sebuah ladang lebah berdekatan.

Sumber: BBC

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar