Siakap Keli

Selepas ‘Keke Challenge’, ‘Penyakit’ Bergambar Konon Jatuh Meniarap Pula Jadi Ikutan, Dah Berjangkit Di Malaysia

Tak cukup dengan Keke Challenge yang ternyata bahayanya, wujud pula trend baru yang dipanggil Falling Stars Challenge yang sudah mula viral di laman media sosial terutama melalui platform Instagram yang menyaksikan pelaku ‘buat-buat’ tak sedarkan diri di tengah jalan.

Falling Stars Challenge pada awalnya telah diperkenalkan di Russia yang merupakan cabaran ‘orang kaya’ mempamerkan kekayaan dalam keadaan jatuh tersembam daripada kenderaan mewah, jet peribadi dengan hamparan barangan berjenama bertaburan di sekeliling mereka.

Pun begitu, trend ini mula diikuti oleh golongan biasa yang terikut-ikut dengan kegilaan gaya orang kaya Russia.

Terkini, cabaran ini telah pun mendapat lebih 43,000 perkongsian gambar yang dengan menggunkan hashtag #fallingstars.  Jika dilihat kebanyakkan gambar mempamerkan keadaan pelaku yang seperti jatuh meniarap menyembah bumi sambil tangan dan muka ditekap ke tanah.

Dah berjangkit ke Malaysia

Tapi cabaran ni macam gaya Mr. Bean jatuh dari langit kan? 

Nur Farra