Siakap Keli

Tiada Lagi Baju Batik, Penjawat Awam Johor Tukar Kod Pakaian

Penjawat awam negeri Johor selepas ini tidak perlu lagi memakai baju batik pada setiap hari Ahad susulan daripada surat pekeliling ‘Pakaian Seragam Dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor’ yang telah dikeluarkan secara rasmi melalui Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Pemakaian baju batik pada hari Ahad telah ditukarkan kepada baju korporat berkuatkuasa pada 3 Oktober lalu.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pakaian korporat, mereka hendaklah mengenakan pakaian pejabat rasmi.

“Etika Pakaian Baju Korporat hendaklah seragam dengan kedudukan Jata Johor berada di bahagian utama kiri baju korporat.  Turut diberi keutamaan adalah logo jabatan atau logo-logo kedua berada di bahagian utama kanan baju korporat.”

“Pengecualian juga diberi kepada pegawai awam yang sedang menerima rawata atau telah dinasihati doktor perubatan kerajaan berhubung pakaian yang sesuai untuk ke tempat bertugas.”

Nur Farra