Siakap Keli

Dah Habis Berlakon Filem, Hantu Kak Limah Dilihat Berkeliaran Di LEGOLAND, Katanya Nak Tunjuk Bakat Terpendam di Brick-Or-Treat 2018

Bulan Oktober sangat sinonim dengan perayaan Halloween dan kali ini, ianya lebih hebat dengan kehadiran istimewa hantu No. 1 negara di Brick-Or-Treat anjuran LEGOLAND® Malaysia Resorts.

Pihak LEGOLAND, telah mengambil inisiatif memeriahkan lagi perayaan ini dengan membawa watak ‘Hantu Kak Limah’ ke taman tema mereka bulan ini sekaligus menjadikan ianya lokasi menarik untuk rakyat Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia meraikan Halloween kali ini.

Pada musim Halloween selalunya kita hanya akan dapat lihat hantu-hantu Vampire, Dracula, Casper, Frankenstein dan ramai lagi. Tetapi, kali ini LEGOLAND bukan sahaja didatangi ”hantu-hantu selebriti” barat, malah Hantu Kak Limah turut serta memeriahkan festival Brick-Or-Treat 2018 di LEGOLAND.

Rupa-rupanya inilah kerja Hantu Kak Limah selepas dah habis berlakon filem. Dah banyak duit selepas filem meletup, dia cuma nak enjoy jer sekarang di LEGOLAND.

Kelibat Kak Limah telah berjaya dikesan di LEGOLAND di mana dia dilihat bersuka ria bersama kawan-kawan barunya, termasuklah Lord Vampyre. Ehem Ehem!

Happy betul Kak Limah kali ini, kehadirannya telah disambut oleh Lord Vampyre di pintu masuk, selepas itu Kak Limah telah dibawa berjalan-jalan untuk mengambil feel di LEGOLAND di mana dia juga telah mengambil bahagian di dalam Speed Building Challenge semasa Brick-or-Treat Party Night.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti Scream O Meter, Costume Contest, Speed Building Challenge akan berlangsung sepanjang festival Brick-or-Treat Oktober ini khusus bagi para pengunjung LEGOLAND.

Kelibat Kak Limah telah berjaya dirakam berkeliaran bersama seorang pengacara TV MeleTOP, Aril Pilus, di mana mereka berdua ditemani Lord Vampyre menyertai perarakan Monsters Parade. Suasana sangatlah meriah sehingga Kak Limah pun menunjukkan bakat terpendam di mana dia telah kelihatan menari sakan bersama Lord Vampyre.

Kak Limah juga telah upgrade cara untuk terbang. Tak payah susah-susah kerah tenaga nak terbang, Kak Limah cakap VR Coaster memang best dan sangat sesuai untuk semua. Happening sungguh hantu No. 1 Malaysia ni.

Selepas mencuba kesemua aktiviti di Brick-or-Treat, Kak Limah bersama rakan-rakannya telah mendaftar di LEGOLAND Hotel untuk merehatkan badan.

Anda juga boleh mengalami pengalaman yang menarik seperti Kak Limah. Jangan tunggu lagi. Bulan Oktober ini memang sesuai untuk berseronok bersama keluarga di LEGOLAND.

Lagi berita baik, untuk mereka yang merancang untuk pergi ke LEGOLAND, jika anda membawa anak kecil yang berumur 3 hingga 11 tahun dengan memakai kostum hantu, anak kecil anda akan dapat masuk secara percuma. Keistimewaan ini diberikan sempena perayaan Halloween sahaja.

Hebat bukan? Kalau susah sangat nak cari inspirasi, ikut aje cara pakaian Hantu Kak Limah. Senang sangat!

Syarat untuk kanak-kanak ini masuk percuma adalah mereka perlu memakai kostum sempurna dengan ditemani oleh pengiring yang mempunyai tiket masuk atau pas tahunan yang sah.

Jadi apa kata anda bawa seisi keluarga anda ke Brick-Or-Treat di LEGOLAND sebelum 31 Oktober ini terutamanya anda yang mempunyai anak-anak yang baru sahaja selesai peperiksaan UPSR, sesuai sangatlah nak bawa mereka cuti-cuti Malaysia di LEGOLAND.

Untuk tiket tempahan, sila layari LEGOLAND.

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu