Siakap Keli

Guna Aplikasi Boost Untuk Menangi Wang & Pelbagai Hadiah Menarik Setiap Minggu

Bagaimana jika kami katakan yang hari ini, saat ini, sebahagian RM 1 juta sedang menunggu untuk diedarkan kepada 3,000 insan bertuah setiap minggu? Ya, ramai yang masih tidak tahu bahawa Boost sedang mengadakan kempen “RM 1,000,000 Cashback & Giveaways sehingga 4 November untuk membolehkan anda memenangi sebahagian daripada wang tunai RM 1 juta yang ditawarkan.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu berbelanja minimum RM20 dalam masa satu minggu(Isnin – Ahad) setiap minggu sehingga 4 November untuk berpeluang menjadi salah seorang daripada 3,000 pemenang yang memenangi sehingga RM 150 seorang setiap minggu.

Tidak mempunyai akaun Boost? Jangan risau. Anda hanya perlukan sebuah telefon pintar, sambungan internet dan masa kurang daripada 5 minit sahaja untuk menjadi pengguna Boost berdaftar. Bagi pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi Boost di Google Play Store manakala pengguna iPhone pula boleh mendapatkannya daripada Apple App Store.

Selesai muat turun, anda perlu mendaftarkan nombor telefon dan akaun untuk pembayaran atau e-wallet sahaja. Anda diberi pilihan untuk memasukkan duit ke dalam Boost Wallet menggunakan kad debit/kredit atau melalui perbankan atas talian.  Cukup mudah.

Setelah mendaftar, anda kini boleh mula berbelanja tanpa membawa sehelai wang tunai fizikal pun. Segalanya dilakukan dihujung jari. Anda boleh gunakan kemudahan Scan & Pay daripada Boost ini di pelbagai tempat antaranya pasar malam dan trak makanan terpilih sekitar Lembah Klang serta lebih daripada 40,000 lokasi dalam dan luar talian yang turut akan memberikan anda pulangan tunai serta merta melalui Shake Rewards.

Antaranya, anda boleh menggunakan Scan & Pay ini di tempat/platform yang berikut :

Outlets:

  • Alpro Pharmacy (Farmasi)
  • Dubuyo (Makanan Korea)
  • Jakel (Tekstil)
  • MBO (Panggung Wayang)
  • UO Superstore (Pasaraya)

Pasar Malam:

  • Uptown Puchong
  • Uptown Jalan Reko
  • Batu Caves
  • Uptown Damansara
  • Taman Tun Dr Ismail

Food Trucks:

  • PKNS Bangi
  • Jalan Sultan Ismail
  • Axiata Tower
  • Tapak Urban Street Dining
  • Pinggir Zaaba

*untuk senarai penuh, sila ke laman sesawang Boost atau klik di pautan ini

Pemenang mingguan akan diumumkan pada hari Selasa setiap minggu, bermula dari 18 September sehingga 4 November.

Selain wang tunai, Boost turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para penggunanya melalui kempen Boost Day. Anda hanya perlu belanja minimum RM20 pada Boost Day untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah misteri.

Seramai 10 pemenang bagi Boost Day yang pertama telah pun diumumkan dan mereka telah menerima sebuah telefon pintar Samsung Galaxy Note 9 setiap seorang yang bernilai RM 3,699 secara percuma. Menarik, bukan?

Nama anda mungkin termasuk dalam senarai pemenang Boost Day yang seterusnya. Jadi pastikan anda ikuti laman Facebook dan Instagram Boost untuk mengetahui bilakah Boost Day yang seterusnya sekaligus tidak terlepas peluang untuk menangi hadiah misteri yang ditawarkan.

Apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi Boost, daftar dan mula berbelanja sekarang! Hadiah menarik dan wang tunai mungkin menjadi milik anda. Anda #BoostIt dan anda menang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Tertakluk kepada terma & syarat.

 

Makluman: Kempen ini tidak termasuk pembayaran untuk bil, tambah nilai serta belian baucar melalui aplikasi Boost

 

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Boost.



Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think