Siakap Keli
pizza guna lebihan nasi
Gambar: TikTok @soyabelacan

“Lembut & Rangup,” Tak Perlu Uli, Ini Resipi Buat Pizza Guna Lebihan Nasi

“Lembut & Rangup,” Tak Perlu Uli, Ini Resipi Buat Pizza Guna Lebihan Nasi

Kebiasaannya nasi goreng akan dibuat menggunakan nasi yang telah dimasak pada hari sebelumnya dan disimpan dalam peti ais. Selain proses memasaknya menjadi mudah, hasilnya juga sangat enak.

Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa nasi lebihan atau yang tidak habis bukan sahaja boleh dibuat nasi goreng? Rupa-rupanya ia juga boleh digunakan untuk membuat pizza.

Jadi kalau sudah bosan beli pizza di luar, boleh cuba buat sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah. Anak-anak juga akan suka.

Lebih menarik, pizza menggunakan nasi ini tidak perlu diuli. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuatnya, justeru mari kita ikuti perkongsian resipi dari pengguna TikTok @soyabelacan di bawah ini.

Pizza guna lebihan nasi

Bahan-bahan

Topping pizza:

Isi Ayam, garam, lada hitam, tepung jagung, minyak, bawang holland, tomato, sos tomato, keju cheddar dan keju mozarella.

Kerak Pizza:

Nasi, telur, minyak, keju (apa-apa pun boleh) dan air.

Cara-cara buat pizza guna lebihan nasi

Langkah pertama, anda perlu perap isi ayam dengan garam, lada hitam, tepung jagung dan minyak. Selepas itu, tumiskan bawang holland dan tomato serta masukkan isi ayam tadi bersama sos tomato. Gaul rata.

Seterusnya, untuk buat kerak pizza, masukkan nasi, telur, keju, minyak dan sedikit air ke dalam pengisar dan kisar sampai teksturnya menjadi halus.

BACA: Anak Payah Nak Telan Sayur, Ini Resipi ‘Pizza Nasi’ Yang Mampu Pikat Selera “Baby”

Tuangkan bahan tersebut ke dalam bekas dan ratakannya. Langkah berikutnya, bakar kerak pizza tersebut selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Bila sudah siap, keluarkannya dan letakkan isi ayam, keju mozarella dan cheddar di atasnya. Selepas itu bakar semula selama 10 minit dengan suhu yang sama dan siap untuk dihidang.

Menurut @soyabelacan, pizza itu mempunyai tekstur yang lembut dan rangup. Jadi apa tunggu lagi, jom sama-sama cuba resipi ini.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 789,000 tontonan di TikTok dan mendapat pelbagai komen dari netizen.

@soyabelacan

Beras semlm boleh buat pizza la! 😁 Pizza beras ni luar crispy dalam lembut sedap jugak! X payah nak uli-uli! Bahan2: Topping: Isi ayam Garam Blackpepper Tepung jagung Minyak Bawang holland Tomato Sos tomato Cheddar cheese Mozarella cheese Pizza crust: Nasi Telur Minyak Cheese (apa pun boleh) Air #resepipizza #resipisimple #soyabelacan #masakdirumah

♬ original sound – soyabelacan – soyabelacan

BACA JUGA: Tak Perlu Kukus, Ini Resipi Puding Karamel Mudah & Sedap

Sumber: soyabelacan

Sofea

There's always another side to every story