Siakap Keli

Bajet Hanya RM600 Termasuk Flight, Tapi Boleh Bercuti Di Bandung 5 Hari, Guru Ini Kongsi Tips Dan Itinerari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa kata kita tidak boleh bercuti ke luar negara dengan bajet yang rendah. Pengalaman cuti yang indah di tempat menarik tidak semestinya memerlukan kos yang besar seperti yang anda jangkakan. Percaya atau tidak, dengan bajet serendah RM600 seorang termasuk tiket flight pergi dan balik anda boleh bercuti ke Bandung, Indonesia selama 5 hari 4 malam.

Ini bukan cerita tipu tetapi perkongsian pengalaman oleh Cikgu Tg Abdul Ghafar. Lengkap dengan tips bagaimana mendapatkan tiket penerbangan murah, pengangkutan dan penginapan di Bandung hingga semua destinasi menarik di sana dikongsikan sekali. Penulis sendiri pun rasa tidak sabar selepas membaca perkongsian beliau seperti di bawah ini. Rasa macam nak pergi bercuti sekarang juga!

Trip Bandung 5D4N Hanya RM600

Cikgu Tg rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman Trip Bandung yang Cikgu Tg rasakan sangat menarik dan berbaloi kerana banyak tempat yang sangat indah permandangannya dapat dilawati dan paling penting murah Ongkosnya, 5 hari 4 malam hanya dengan RM600 sahaja seorang termasuk tiket Flight.

Dalam posting kali ini Cikgu Tg akan menceritakan bagaimana mencari Flight yang murah dan tempat-tempat menarik yang perlu dilawati(very recommended) serta bagaimana memaksimumkan perjalanan 5 Hari 4 Malam dengan meminimakan kos penginapan, perjalanan dan lain-lain kos.

Bandung adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat Honeymoon buat pengantin baru kerana permandangannya yang super indah, sesuai untuk merakam detik-detik indah bersama pasangan masing-masing dan lokasinya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.

SubhanAllah mengamati penciptaan Alam oleh Allah Taala di Kawah Putih. Suatu permandangan kejadian alam yang bakal merasai keagungan Allah Taala .
Bermain basikal di lereng pergunungan dan merakam detik-detik manis bersama pasangan melalui jurufoto profesional yang sedia menanti di The Lodge Maribaya.
Mengisi perut di Bakso Rusuk Samanhudi. Very recommended. Bagi yang sukakan kepedasan, kalian perlu mencuba Bakso Mercun. Pasti kalian Nendang Poll.

Semua pasti tertanya-tanya bagaimana penginapan yang kami duduki dengan kos berjalan dan penginapan hanya RM600. Kami berlapan bersama dua bayi tinggal di Homestay 4 bilik tidur, 2 bilik air, sangat selesa dan lengkap dengan dapur, meja makan, mesin basuh, peti sejuk dan bilik tidur berhawa dingin. Terbaik.

Harganya? Hanya Rm300 semalam bersamaan rm37.50 seorang untuk satu malam. 4 malam hanya Rm150 per person. Murahkan?

Pergerakan kami ke tempat-tempat cantik lagi menarik sekitar Jakarta dan Bandung menggunakan khidmat supir yang memandu van yang mampu memuatkan sehingga 12 orang dewasa.

Kami bertuah dapat supir yang komited seawal lepas Subuh sudah di hadapan homestay bersedia membawa kami ke mana saja, meronda Indonesia hingga pulang lewat malam setiap hari tanpa mengeluh.

Secara umumnya perkara paling penting dalam Trip DIY ini adalah Supir. Disini Cikgu Tg nyatakan segala kos trip.

Supir sahaja 15 seater : 5,250,000 rm150/pax
Van elf 12 seater : 4,650,000 juta : rm1250
Homestay 4 bilik : 1,050,000juta per night, RM292 x 4mlm : rm1168 per house

Jika 8 orang:

Van : rm157 per pax
Penginapan : rm 146
Tiket flight : rm251
Pass masuk van : rm7
Latest entrance : rm56
Entrance fee : rm172

Total : rm672

*Rm556/ pax (extra rm44)* ni utk 10 org

*Rm617/ pax utk 8 org*

Semoga membantu teman-teman yang ingin berjalan ke Bandung dengan harga yang minimum. +62 812-2037-5375 ini no contact Supir di sana, Pak Dicky, sangat baik dan senang berurusan. Untuk homestay dia akan uruskan juga.

Semoga ada rezeki Pak Dicky yang memberikan layanan terbaik kepada kami sepanjang permusafiran di sana. Mesra dan tidak pernah mengeluh. Sangat recommended Supir ini.

Ittenary kami 5 Hari 4 Malam ke Jakarta dan Bandung. Trip ini tidak menggunakan mana-mana travel Agent Syarikat Perlancongan di Malaysia sebaliknya trip ini diatur sendiri dan hanya menggunakan perkhidmatan Supir di sana. Sangat jimat ongkosnya, semacam ngak percaya.

Hari kedua di Bandung adalah hari Shopping manakala hari ke 3 adalah hari jalan-jalan melihat permandangan. Saya akan ulas satu persatu itinerary ini di setiap gambar insyaAllah.

Pemilihan Flight adalah sangat penting dalam menjimatkan perbelanjaan Trip ini. Jika dilihat Trip pergi kami ke sana hanya RM119 sahaja seorang.

Untuk penjimatan maksimum, kalian perlu turun ke Jakarta kerana flight direct ke Bandung lebih mahal berbanding ke Jakarta. Untuk infant(2 tahun ke bawah) kosnya boleh dapat hanya RM10 bergantung kepada flight. Kami pergi dengan Air Asia. 

Pembelian harus dibuat pada tengah malam. Kami beli murah ini pun dalam masa seminggu, kalau dirancang lebih awal, pasti boleh dapat harga yang lebih murah.

Flight balik juga harus ke Jakarta untuk lebih murah. Alhamdulillah kami dapat Rm131.95 untuk dewasa dan Rm20.49 untuk infant.

Kami pulang dengan Malindo Air. Dapat luggage seberat 25kilogram seorang. Membawa pulang segala hasil tangkapan di Bandung.

Buat pengantin lama seperti kami juga sangat sesuai berjalan ke Bandung, boleh dijadikan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kerana pelbagai barangan serta kain-kain menarik boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah. Ada yang menggelarkannya sebagai ‘syurga shopping’.

Semoga Allah merahmati kita dan keluarga kita semua.

Mengembara Melihat Alam,
Moga Lebih Dekat Dengan Tuhan.

– Cikgu Tg –
Successful Muslim Entrepreneur
Mengembara. Menulis . Menginspirasi

Terima kasih banyak Pn Mardhiah Ismail untuk 8 Tahun Perkongsian Kehidupan yang sangat Indah.

Sumber : Cikgu Tg Abdul Ghafar

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.