Siakap Keli

Syed Saddiq Padam Gambar Tak Pakai Baju Dalam Tab Mandi Selepas Dikecam Netizen

Selepas menerima kecaman hebat netizen, Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan telah menurunkan gambar tidak berbaju di akaun Twitter miliknya semalam.

Gambar itu dimuat naik selepas beraksi dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan bersempena Hari Sukan Negara pada Sabtu lalu.

Dengan kapsyen, “Selepas jaringkan gols emas, saya segera rendamkan diri dalam ais. Permainan yang baik @dugongallstars.”

Segelintir rakyat Malaysia bagaimanapun, menyifatkan gambar itu tak sepatutnya disiarkan sebagai seorang menteri.

“Macam ke contoh kepada golongan muda?”

“Macam ni ke pemimpin rakyat Malaysia mahukan? Aku rasa tak perlu kot nak tunjuk gambar macam ni kat laman sosial,” ulas salah seorang pengguna.

Pasukan Syed Saddiq telah bermain menentang Dugong Allstars, pasukan bola sepak yang terdiri daripada selebriti tempatan pada petang Sabtu.

Dalam perlawanana itu, pasukan beliau memenangi perlawanan 4-3 dengan Syed Saddiq menjaringkan gol penentu.

Mandi ais dikalangan atlet adalah sebagai satu terapi yang dikatakan memberikan kelegaan untuk sakit otot dan mempercepatkan pemulihan kecederaan bersukan.

Nur Farra