Siakap Keli

(Video) Pekerja Stesen Minyak Trauma, Kena Pukul Dipercayai Kerana Salah Isi Minyak

Rakaman cctv seorang lelaki dipukul dan dibaling dengan objek di sebuah kaunter stesen minyak Petronas di Sungkai tular di laman media sosial semalam.

Menurut laman Facebook salah seorang rakan mangsa, punca berlakunya insiden tersebut apabila seorang lelaki ingin mengisi minyak tapi tidak memaklumkan jenis minyak RON97 yang mahu diisi, sebaliknya dia diberikan dengan minyak RON95.

Akibat tidak berpuas hati, lelaki berkenaan bertindak menarik mangsa keluar dan memukul serta membaling air tin kearah mangsa walaupun mangsa dikatakan sudah berulang kali memohon maaf.

Rentetan insiden ini, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Tapah untuk siasatan lanjut.

Rakan mangsa meluahkan rasa kesal dengan kejadian ini kerana melalui penulisannya, mangsa bekerja untuk menyara adik-adiknya namun kini mengalami trauma untuk bekerja di stesen minyak berkenaan walaupun terpaksa menyara hidup keluarga.

Nur Farra