Zaman sekarang ni semua benda mahal. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, semua orang nak berjimat-cermat sebanyak mana yang mampu. Contoh RM50, nilainya dah macam RM5, sekejap je dah habis. Tapi dengan kos sebanyak RM50 sebulan ini, apa yang korang boleh dapat atau beli? Jom semak 5 list kat bawah, nombor 5 gerenti paling giler!
1) Isi minyak motor
Pertama, isi minyak motor. Ramai yang pilih untuk menaiki motosikal ke tempat kerja bagi menjimatkan wang. Ye la, kalau dengan minyak kereta, mungkin RM50 tu tahan seminggu je korang ulang alik pergi kerja, tak masuk dengan tol dan parking lagi. Kalau kiraan kasar sehari kos isi minyak RM2, 24 hari bekerja RM48. Tapi ini tak termasuk kalau motor korang meragam ye, so sediakan duit tepi bimbang ada kecemasan. Kalau yang kerja dekat dengan pengakutan awam tu lagi senang, tapi tak semua tempat ada kemudahan tu.
2) Bayar bil eletrik/air
Kedua, bayar bil eletrik/air. Kalau korang pandai jimatkan penggunaan eletrik, bayaran bulanan bil eletrik mesti tak mahal. RM50 sebulan pun sudah cukup bagi isi rumah bujang. Tapi, kalau bilangan ahli yang ramai dalam sebuah rumah, penggunaan barangan eletrik dah tentu banyak, tambah pula kalau korang setiap hari guna aircond di rumah, sah-sah bil melambung naik. Kalau bil air, kerajaan beri rebat yang korang tak perlu bayar sekiranya bil berkadar RM20 dan ke bawah. Tapi ni terpulang dekat korang sendiri, boleh berjimat atau tidak.
3) Barangan penjagaan diri
Ketiga, beli barangan penjagaan diri asas. Selalunya, ramai yang akan beli sekali sahaja untuk penggunaan bagi tempoh sebulan setiap kali gaji, betul tak? Mudah dan menjimatkan masa. Barangan asas seperti shampoo, sabun pencuci muka dan badan serta lain-lain lagi mungkin boleh dibeli dengan bajet sekitar atau di bawah RM50 sebulan. Tapi tu belum termasuk produk kecantikan bagi wanita tau, lebih banyak dan mahal produk yang anda gunakan, lebih tinggi perbelanjaan sebulan.
4) Makan
Keempat, makan. Sebut sahaja pasal makan, nanti ada yang cakap tak masuk akal pula kos RM50 bagi perbelanjaan sebulan makan. Tambah lagi jika hidup di ibu kota, RM50 tu tak sampai 3 hari bertahan untuk beli makanan, betul tak? Bertenang, dengan kos RM50 sebulan, kat sini korang boleh la dapat makan MCD atau KFC dua kali sebulan. Tu pon kalau awek dengan kawan tak suruh belanja diorang sekali.
5) Pelan pascabayar dengan data & panggilan TANPA HAD
Kelima, paling giler sebab dengan RM50 sebulan korang boleh bayar pelan pascabayar Giler Unlimited GX50 dari U Mobile. Sebab apa kami kata giler? Sebab pelan pascabayar Giler Unlimited GX50 ini bagi korang data TANPA HAD untuk segalanya! Tak kira aplikasi apa, tak kira waktu dan tiada had. Bukan tu je. Korang pon boleh berbual tanpa henti sebab pelan ini bagi korang panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Nak lagi giler? Pelan ni pon bagi korang percuma 5gb data untuk hotspot! Memang giler sebab semua ni hanya RM50 je sebulan!
Hanya ada untuk pascabayar je ke? Korang tenang je sebab U Mobile pon ada pelan giler ni untuk pengguna prabayar. Korang boleh langgan pelan prabayar Giler Unlimited GX30 yang mana korang akan dapat data TANPA HAD untuk segalanya. Tiada had masa, tiada had aplikasi dan korang juga boleh dapat 3GB data percuma untuk hotspot. Semua ni hanya RM30 je sebulan!
Tak cukup dengan itu, U Mobile bagi lagi. Jika buat pertukaran dari telco lain untuk menggunakan nombor yang sama secara online di u.my/mnp, bagi pelan Unlimited GX50 korang hanya perlu bayar RM40 je sebulan, di mana korang jimat lagi RM10 dengan perolehi kelebihan yang sama. Bagi pelan Unlimited GX30, korang hanya perlu bayar RM25 sahaja, jimat RM5 sebulan.
So, tunggu apa lagi? Baik korang bertukar ke U Mobile sekarang sebab promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2018.