Siakap Keli
Foto: Tribun News

Hiba, Gambar Casing di Telefon Yang Ditemui Mirip Dengan Satu Posting di Instagram, Dipercayai Milik Mangsa Nahas JT610

Pagi tadi, kita dikejutkan dengan berita terhempasnya sebuah pesawat Lion Air JT610 yang dinaiki oleh 189 penumpang dan anak kapal. Pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Indonesia pada jam 7.20 pagi waktu tempatan.

Di internet, para netizen tidak putus-putus menzahirkan ucapan takziah mereka selain mendoakan agar ada keajaiban yang berlaku. Disebalik coretan-coretan yang kami temui, terdapat satu posting di Twitter yang menarik perhatian kami selain membuatkan timbul perasaan hiba.

Ianya adalah gambar di belakang casing telefon pintar milik salah seseorang yang dipercayai mangsa nahas pesawat terbabit. Gambar terbabit menunjukkan seorang lelaki bersama seorang wanita berjalan berpimpin tangan dari arah belakang.

Warga internet berjaya menemukan gambar asal di Instagram dan kapsyen yang digunakan membuatkan timbul rasa hiba dalam kalangan orang ramai.

Setiap langkah selalu ada doa yang menyertai, dan berharap setiap langkah menjadikan kesuksesan dan setiap doa menjadikan berkah ….” tulis kapsyen di gambar tersebut.

Gambar terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram ineyunitasi pada 27 Ogos 2017. Ruangan komen pada gambar berkenaan dipenuhi beribu-ribu komen dari netizen yang tidak putus-putus mendoakan dan memberi kata-kata semangat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pengguna Instagram ineyunitasi merupakan salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....