Siakap Keli

Hanya Caj Perkhidmatan Penghantaran Yang Naik, Harga Gas Memasak Pungut Sendiri Di Kedai Kekal

Tular di media sosial semalam sekeping surat yang dikeluarkan oleh PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mengenai penstrukturan semula harga gas memasak keluarannya.

Melalui memo berkenaan, PDB meletakkan harga baru gas memasak bagi wakil pengedarnya yang menjalankan perkhidmatan Gas Petronas Home Delivery (GPHD), masing-masing RM 31 bagi tong gas 12 kilogram (kg) dan RM 35 untuk tong gas 35 kg.

Kenaikkan tersebut nyata mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya mengenai harga baru gas memask tersebut.

Melalui satu kemas kini di laman facebook PETRONAS Brands, syarikat berkenaan memaklumkan bahawa perubahan gas tersebut hanya tertakluk untuk GPHD sahaja, manakala harga bagi gas memasak yang dipungut sendiri oleh pengguna di kedai tidak berubah.

”Harga untuk tong gas yang dipungut sendiri daripada wakil pengedar sah PETRONAS dan kedai runcit kekal seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM 22.80 bagi 12 kg dan RM 26.60 bagi 14 kg,” kata kenyataan tersebut.

PETRONAS turut menjelaskan bahawa kenaikkan caj perkhidmatan penghantaran tersebut selari dengan harga pasaran semasa.

Berbanding RM 3.20 bagi tong gas 12 kg dan 14 kg, harga caj perkhidmatan penghantaran yang baru adalah RM 8.20 bagi 12 kg dan RM 8.40 bagi 14 kg.

Sumber : PETRONAS Brands

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.