Siakap Keli
Kompas TV

(Video) Kotak Hitam Pesawat Malang Lion Air Akhirnya Berjaya Ditemui

Portal berita antarabangsa, Bloomberg sebentar tadi melaporkan bahawa kotak hitam pesawat malang Lion Air telah pun berjaya ditemui yang dipetik daripada Kompas TV.

Semalam, pasukan mencari dan menyelamat memaklumkan kepada media bahawa isyarat ping daripada kotak pesawat berkenaan berjaya dikesan menggunakan peralatan sonar sebelum puluhan penyelam dikerah untuk mencari kedudukan isyarat berkenaan.

Objek berkenaan telah dibawa ke kapal Baruna Jaya iaitu sebuah kapal canggih yang dilengkapi dengan perlatan sonar khas untuk mengesan isyarat ping berkenaan.

Panglima Tentera Nasional Indonesia, Marsekal Hadi Tjahjanto menyatakan bahawa pihaknya yakin bahawa kedudukan bangkai utama pesawat berkenaan mungkin hampir dengan lokasi kotak hitam ditemui.

Pesawat malang Lion Air berkenaan terhempas pada Isnin di Laut Jawa kira-kira 2 minit selepas berlepas. Pasukan penyelamat percaya kesemua anak kapal dan penumpang terkorban dalam nahas berkenaan.

BACA : (Video)Tragedi Lion Air : Pakar Aviasi Buat Andaian Tiub Pitot Mungkin Puncanya

Sumber : Bloomberg, Kompas TV

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.