Siakap Keli

Wanita Perlu Buat Laporan Keganasan Rumah Tangga – Menteri

Wanita perlu membuat laporan polis sekiranya berlaku sebarang keganasan rumah tangga termasuk kejadian rogol dalam perkahwinan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Beliau berkata ramai dalam kalangan wanita tidak melaporkan keganasan yang berlaku dalam rumah tangga masing-masing berikutan bimbang kehilangan suami yang juga merupakan tempat bergantung.

Beliau berkata demikian kepada media di lobi Parlimen hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin semalam bahawa kerajaan buat masa ini tidak bercadang menjadikan kejadian rogol dalam perkahwinan sebagai suatu kesalahan kerana ia amat sukar untuk dibuktikan di mahkamah.

Ditanya sama ada Seksyen 375A Kanun Keseksaan boleh digunakan bagi kesalahan berkenaan, Yeoh berkata terdapat peruntukan sedia ada yang dapat digunakan bagi kes rogol dalam perkahwinan.

“Tetapi (untuk) yang lebih spesifik, kita perlu panggil semua pemegang taruh untuk berbincang kerana pindaan yang mahu dibuat terhadap kanunan jenayah perlu dibuat bersama supaya ia lebih menyeluruh,” katanya. – BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di