Siakap Keli

Masih Ramai Keliru Perbezaan Sertu Dengan Samak – JAKIM

Mungkin ada diantara kita yang masih keliru dengan dua proses ini, sertu dan samak.  Sebelum ini kita banyak didedahkan dengan proses samak tapi masih tidak memahami proses sertu itu sendiri.

Sertu adalah proses dimana sesuatu itu perlu dibersihkan jika ia telah dijilat atau disentuh oleh najis berat.

Apa pula najis berat?

Mari baca penjelasan dibawah.

PERBEZAAN SERTU & SAMAK

Masyarakat Islam di Malaysia sering keliru tentang penggunaan dua istilah ini.

SERTU:-

Menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya. Najis mughallazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan sekali air yang bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air bersih/mutlak.

SAMAK:-

Menyucikan kulit binatang daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu. Semua kulit binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit anjing dan babi.

Sumber: JAKIM

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.