Siakap Keli

Beribu Orang Beratur, PDRM Tawar 50% Diskaun Saman Trafik Bermula Hari Ini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan akan memberi diskaun sebanyak 50% untuk saman trafik sempena sambutan Hari Polis bermula hari ini (7 November), sehingga 9 November dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mereka yang ingin membuat pembayaran dengan promosi diskaun tersebut boleh ke Balali Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur.

Selain balai polis berkenaan, pejabat TMpoint Bukit Raja, Jalan Meru, Klang turut memberi perkhidmatan bayaran diskaun untuk saman trafik.

Walau bagaimanapun, terdapat saman yang tidak boleh menggunakan diskaun tersebut seperti Saman Kemalangan Tahun Semasa, Saman Berstatus NC, Saman Berstatus Waran Tahun Semasa, Saman Dalam Perbicaraan dan Saman Berkaitan Lori.

Untuk menyemak saman secara atas talian boleh layari laman web MYEG atau RILEK e-Services.

  1. Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  2. Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
  3. Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM / JPJ / AES
  4. Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
  5. Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online

Nur Farra