Siakap Keli

Doktor Kagum Ibu Berjaya Lahir Bayi Comel Seberat 6kg Dengan Mudah Tanpa Ubat Penahan Sakit

Proses kelahiran cahaya mata menjadi saat yang tak dapat dilupakan bagi mereka yang bergelar ibu. Pastinya semua melalui pengalaman berbeza, ada yang melalui proses bersalin dengan mudah namun ada yang juga terpaksa menderita sakit dalam tempoh yang lama.

Tetapi bagi seorang wanita yang berusia 28 tahun ini, proses kelahiran bayinya mungkin agak luar biasa dan mengejutkan doktor. Tanpa mengambil ubat penahan sakit, Nikki Bell berjaya melahirkan bayi comel seberat 5.75 kilogram (kg) di Hospital Blacktown, Barat Sydney, Australia.

Parker James Bell

Bayi lelaki yang diberi nama Parker James Bell itu dilaporkan dilahirkan Khamis lalu pada usia kandungan 39 minggu 3 hari.

”Secara jujurnya, walaupun berat bayi saya kali ini lebih 1kg daripada kakaknya ketika dilahirkan, proses kelahiran kedua ini dirasakan lebih mudah,” kata Nikki.

Parker bersama kakaknya Maddison, yang berusia 20 bulan

Walaupun bayinya itu dilahirkan besar, Nikki percaya setiap kelahiran pasti menyakitkan setiap ibu tanpa mengira saiz bayi yang dilahirkan.

“Saya yakin semua kelahiran menyakitkan, sama ada bayi itu seberat 1.7kg atau 5.7kg – semuanya menyakitkan,” katanya.

Sementara itu, posting yang dimuatnaik di Facebook oleh Kumpulan Blacktown Midwifery yang memaklumkan kelahiran Parker di mana bayi itu berjaya mencipta “rekod baharu” di hospital itu menjadi viral di media sosial.

“Kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa Parker dan ibunya Nikki dalam keadaan baik.

Selamat datang ke dunia Parker, kamu akan menjadi bualan bilik bersalin Blacktown dalam tempoh yang lama,” demikian menurut posting tersebut.

Rata-rata netizen terkejut dengan berat Parker dan kemampuan ibunya melahirkan bayi ‘gergasi’ itu tanpa mengambil ubat penahan sakit.

Sumber : Yahoo

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.