Siakap Keli
Gambar : Detik News

Tergamak Sembelih Isteri Yang Sudah Dikahwini 40 Tahun Kerana Tolak Lakukan Hubungan Kelamin

Rumah tangga yang dibina selama 40 tahun bagi satu pasangan di Dusun Lerang, Desa Abbumpungeng, Kecamatan Cina, Bone, Sulawesi Selatan berakhir dengan kejadian yang menyayat hati.

Warga emas tersebut berumur 80 tahun, bertindak membunuh isterinya yang berumur 60 tahun dengan cara menyembelih kepala wanita itu menggunakan parang. Namun, alasan di atas perbuatan tersebut tidak masuk akal sama sekali hanya kerana isterinya menolak permintaannya untuk melakukan hubungan intim.

Difahamkan, pasangan yang telah mempunyai lima cahaya mata ini baru sahaja merujuk kembali kira-kira dua bulan selepas bercerai.

“Kejadian itu berlaku pada waktu subuh tadi. Berdasarkan pengakuan pelaku, dia berang kerana ajakannya untuk mengadakan hubungan seks ditolak isterinya. Dia terus mengambil parang dan menyembelih mangsa,” kata jurucakap polis, Abdul Rahim.

Jelas beliau, pelaku juga sempat menunaikan solat sebelum tergamak menghabiskan riwayat isterinya itu.

”Pelaku sempat melakukan solat sebelum peristiwa itu terjadi, namun setelah selesai solat dia mendekati mangsa untuk mengajak melakukan hubungan tetapi ditolak,” kata Rahim.

Untuk memastikan motif pelaku, pihak berkuasa akan melakukan ujian kesihatan mental terhadap lelaki tersebut.

Dia telah didakwa di bawah Pasal 44 Undang-undang Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang mana jika disabit bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Sementara itu, anaknya menjelaskan bapanya itu pernah dirawat di sebuah hospital di Makassar kerana sering berhalusinasi dan berprasangka buruk kepada orang lain.

“Ramai ahli keluarga yang takut dengannya. Tetapi, bapa saya kadangkala berada dalam keadaan normal dan baik,” kata Andi Asrul.

Sumber : Detik News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.