Siakap Keli

Dr Mahathir Bakal Terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat  kepulangan penuh nostalgia ke alma mater beliau – Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Di universiti itu, beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang.

Kemudian, pada tengah hari, Perdana Menteri juga akan dianugerahkan Penaung kehormat oleh  Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN.

Dr Mahathir juga dijadual menghadiri majlis makan tengah hari oleh Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Singapura selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Perdana Menteri kemudian akan menyertai rakan sejawatannya dari ASEAN untuk upacara pembukaan rasmi Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.

Dr Mahathir juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini. – BERNAMA

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.